Malam
"Annyeong eomma" Sapa Taehyung di talian dengan senyuman.
"Oh Anyyeong addul. Lama tak call eomma?" Soal Pn. Kim. Dia rindu pada anaknya yang sekarang jarang menelefonnya.
"Mian eomma. Tae sibuk dengan kerja. Tak lama lagi kan Tae nak Comeback" Terang Taehyung pada eomma nya.
"Nae.. Eomma rindu nak jumpa jumpa kamu" Pn. Kim meluahkan perasaannya pada Taehyung. Rasanya sudah sebulan mereka tidak berjumpa.
"Tae pun sama eomma. Ghenchana, esok kita jumpa kan?"
"Nae! Tak sabarnya nak jumpa kamu dengan Arin" Kata Pn. Kim dengan teruja. Semasa di hospital dulu, Arin yang menjaganya. Dan dia amat suka dengan Arin. Lagi pun dia tahu Taehyung dan Arin ada hubungan.
"Uhh... Aniyo eomma. Tae tak pergi dengan dia" Jujur Taehyung. Dia belum bagi tahu lagi pada Pn. Kim. Hubungan dia dan Arin sudah berakhir.
"Waeyo?? Bukan ke kamu dengan dia-" Kata Pn. Kim terpotong.
"Taehyung dengan dia dah tak ada apa2" Terang Taehyung. Pn. Kim terdiam sebentar. "Hubungan Tae dengan dia sekarang hanya majikan dan pekerja" Sambung Taehyung. Pada masa yang sama, hatinya rasa terguris. Entah kenapa dia rasa begitu. Mulut kata tidak, hati kata nak.
"Taehyung... Taehyung jangan seksa diri Taehyung. Kalau kamu suka dia, dapatkan dia. Bukan lepaskan dia. Walaupun eomma tak tau apa yang terjadi antara kamu berdua. Tapi eomma tahu, kamu berdua masih saling mencintai. Eomma yakin Arin masih cintakan kamu. Dan eomma rasa kamu tahu tu" Jelas Pn. Kim. Dia tidak mahu Taehyung akan berasa menyesal di kian hari.
"Entahlah eomma. Kalau dia cintakan Tae, dia tak kan buat keputusan macam tu. Macam mana Taehyung nak bersama dengan orang yang tidak pernah hargai cinta Tae? Dia yang salah eomma. Dia yang salah" Suara Taehyung perlahan di hujung ayat itu. Hati nya lemah. Walaupun depan Arin, dia kuat. Tapi sebenarnya dalam dirinya tidak kuat untuk menahan perasaan nya.
Tiba-tiba air matanya mengalir di pipi. Teringat kenangan dia bersama Arin. Yeoja yang telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik.
"Kamu masih cinta kan dia"
Keesokannya...
Taehyung POVs.
Aku saja bagi kerja lebih pada Arin hari ni. Aku suruh basuh baju aku, kemaskan bilik aku. Macam dulu. Disebabkan dia kerja separuh hari.
Arin tak membantah pun apa aku suruh. Cuma muka dia masam je. Hahah. Comel. Eh. Aku puji dia ke? Eh tak boleh tak boleh.
"Kau kenapa Taehyung? Termenung je aku tengok?" Soal Jimin dan menghempas dirinya di sebelah ku di sofa yang ku duduk. Lalu dia mengambil keropok kentang dalam balang yang berada di meja.
"Kenapa?" Soalnya. "Kenapa apa?" Soal ku pura2 tak faham. "Dari jauh aku nampak kau termenung asal? Fikir kan pasal Arin ke?" Tanya nya dengan jelas.
Aku menghela nafas panjang. Aku dah masak dengan soalan ni. Asal aku termenung je, diorang cakap aku fikirkan Arin. Tapi memang betul pun. Aku tak nafikan. Cuma depan dorang aku berlagak tak ada perasaan pada Arin dah.
Jimin tersengih dengan reaksi ku. "Emm kau tahu tak kenapa Arin kerja separuh hari ni?" Soal ku pada Jimin. Jimin pandang ku. Dia mengerutkan dahinya. "Dia kerja separuh hari ke hari ni?" Daripada reaksinya, macam tak tahu je.
"Emm... Dahlah aku nak naik atas" Kata ku lari dari Jimin sebelum dia tanya aku macam2 soalan cepumas.
"Eh.. Hahahha nak lari ke?" Soalnya lalu ketawa kecil pada ku. Aku palau dia dan terus naik ke tingkat atas.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...