Bahagian 13

2.6K 183 1
                                    

Taehyung POV

"Asal dia tak jawab ni..?" Soal Taehyung.
"Dia jawab ke tak? " Jimin di sebelah mengangkat kening nya.

Sekarang ni semua tengah berhimpit dengan aku. Diorang paksa aku tanya Arin pasal nenek dia. Kenapa pulak aku nak kena tanya?

"Tak.. " Aku keluh. Tak boleh ke diorang buat tak endah pasal yeoja ni. Malas lah nak ambil tahu. Eleh yelah tu. Padahal kau nak tahu jugak kan? Eishh diamlah hati.

"Call lagi sekali" Arah Hoseok pula.

"Hesh.. Tak payah lah hyung. Dah banyak kali dah call.. Dia tak jawab.. Dia tidur kut atau sengaja tak nak angkat sebab saya call.. " Aku dah malas nak call dia lagi.

"Okey. Last2.Cubalah lagi sekali.. " Pinta Hoseok. Dia pandang aku dengan harapan aku akan call sekali lagi.

"Call lah.. " Yang lain juga mahu aku buat panggilan sekali lagi. Aku memutarkan bila mata ku menyampah.

"Heh. Okey ni last eh?.. " Aku bagi tahu mereka.

"Ya.. Last " Kata Hoseok pada aku. Aku call lagi Arin. Harap dia tak angkat, aku malas nak tanya2 dia. But



Dia angkat -_-




"Macam mana dengan nenek kau? Teruk sangat ke? Kenapa lambat jawab? Ingat jangan nak melebih sampai 3 hari kat sana.." Kata ku terus.

Hoseok tepuk belakang aku. Aku pandangnya. Kenapa?

"Cakap baik2 lah. Ni bertubi-tubi kau bebel. Aku suruh tanya pasal nenek dia je.. " Hoseok menjeling aku.

"Entah kau ni Taehyung.. " Kata Jin hyung berkerut pada ku.

"Ehh buat speaker. Biar kitaorang dengar sekali .." Yoongi tunjuk phone aku. Aku putarkan mata ku. Errh

Speaker on

"Yeobsaeyo?"

Semua terkejut dengar suara orang lain. Takkan Arin dah tua kut.

"Ni Arin ke? " Aku menyoal sambil berkerut dahi.

"Bukan ni nenek dia. Arin ada kat dapur tengah masak.. Ni Taehyung kan majikan Arin?" Nenek Arin tanya aku. Aku terdiam.. Aku pandang diorang semua. Mereka suruh aku menjawab pertanyaan nenek Arin balik.

"Ahh nae. Saya majikan dia.. Kenapa ya?"

"Tadi Taehyung cakap jangan lebih sampai 3 hari kan Arin tinggal kat sini?" Tanya Nenek Arin

Mereka pandang aku. Ada juga yang jeling. 'Tu lah kau.. Siapa suruh cakap lebih ' Bisik Hoseok dengan marah pada aku.

"Umm. Ya.. " Aku jawab.

"Kamu boleh tak kasi Arin tinggal lebih sikit dekat rumah nenek ni? Arin dah lama tak jumpa dengan nenek. Selalu kalau dia datang sini seminggu dia duduk sini.. " Kata Nenek Arin dan terbatuk di hujung ayat.

Aku terdiam tak tahu nak jawab apa.
Yang lain semua suruh aku balas secepat mungkin.

"Maaf. Nenek.. Tapi tak boleh. Dia kena bekerja jugak. Sebab ye lah. Kalau seminggu macam makan gaji buta pula" Kata ku. Kasar sangat ke bahasa yang aku guna?

Mereka semua pandang aku dengan tajam.. Salah ke aku cakap?

"Setahu nenek kamu ada kawan kan? Kawan yang tinggal serumah dengan kamu? Berapa orang?" Nenek Arin tanya aku. Kenapa dia tanya?

"Tujuh orang.. Maaf lah nenek kalau saya kasar sikit mula2 tadi saya ingatkan Arin.. " Aku meminta maaf teringat aku telah terkasar dekat nenek Arin.

I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)Where stories live. Discover now