Arin POVS
Aku mengelap meja makan selepas mereka makan malam. Taehyung dan Jimin sedang metonton televisyen di ruang tamu. Aku menjeling ke arah mereka seketika. Aku perhatikan Taehyung yang sedang memberikan tumpuan pada kaca Tv. Wajah dia. Serius.
Aku kembali ke dapur dan basuh kain lap itu. Selesai itu aku mengambil gelas untuk minum air. Dahaga. Aku tak kisah kerja manager ke bibik ke. Asalkan aku dapat tengok Taehyung.
Dia buli aku sebab dia benci aku. Aku faham.Tiba-tiba Jimin muncul di dapur. Dia tersenyum. "Jimin nak air ke?" Soal ku.
"Eh tak apa" Balasnya dan duduk di sebelah ku.
"Arin Okay?" Soal nya.
Aku mengangguk perlahan. Aku pandang ke arah gelas yang ku pegang.
"Hemm.. Bila Arin nak selesaikan masalah dengan Minjae tu?" Soal Jimin berhati-hati.
"Molla. Secepat yang mungkin" Balasku perlahan.
"Ghenchana. Arin ambil lah masa yang sesuai untuk selesaikan masalah tu. Pasal Taehyung, Jimin cuba tolong. Nae?" Katanya dan memegang bahu ku.
"Arra.. seo" Aku tersenyum kelat dan mengeluh di dalam hati.
"Jimin naik atas dulu. Arin balik lah. Dah pukul berapa dah ni" Jimin bangun dari duduknya.
"Nae.." Aku juga bangun.
"Jalga" Kata Jimin. Dan aku hanya membalas dengan senyuman.
Aku mengambil beg ku dan menutup lampu dapur dan langkah ku terhenti sebaik aku mahu pergi ke ruang tamu. Taehyung masih ada di sofa. Matanya masih terancap pada kaca Tv.
Aku meneguk air liur ku. Dan mengambil nafas panjang dan hembus. Aku dengan perlahan pergi ke arahnya.
Sebaik sahaja aku sampai di tepi sofa yang dia duduki.
Aku bersuara."Tae-Taehyung.." Panggil ku sedikit gagap. Dia menoleh ke arah ku dan mengerling. "Nak apa?" Soalnya.
Tak sempat aku menjawab, deringan telefon pintar Taehyung berbunyi. Lalu dia mengangkat panggilan itu. Aku hanya perhatikan nya.
"Oh YERIN SSHI. Lama tak dengar khabar kau.." Jawab Taehyung tersenyum.
Yerin?
"Aku dah single. Kau tak nak ngorat aku ke?" Soal Taehyung dengan sengihan lalu menjeling ku yang masih melihatnya. Aku mengetap kan bibirku ku menahan cemburu.
"Haha. Makan? Aku okay.. Bila?"
"Arasseo... Nae. Jumpa nanti... Jalga" Kata Taehyung ceria lalu menamatkan panggilan itu. Dia beralih pada ku.
"Ha. Kau nak apa?" Soal nya dingin.
"Sa-saya nak balik" Kata ku. Mata ku beralih pada lantai. Tak sanggup aku nak bertembung mata dengan dia.
"Hem. Baliklah" Taehyung kembali menonton Tv.
"Jalga Taehyung" Kata ku tersenyum kelat dan menunduk hormat pada nya lama. Lalu aku pergi ke arah pintu.
Selepas Arin keluar, mata Taehyung beralih pada pintu itu. Dia mengeluh.
"Jalga"
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...