Perhatian readers! Chapter ni panjang sikit. Selamat membaca ~♡
"Noona kejap" Kata Taehyung dan menghentikan stylish noona itu. Dia mengangguk dan pergi dari situ sebentar untuk privasi kami.
Taehyung kembali pandang ku setelah dia pergi.
"Kau..."
"Jeseonghamnida Taehyung" Aku tunduk maaf padanya. Aku memejamkan mata ku rapat
"Yahh.."
Aku kembali menegak. "Saya mintak maaf sangat sebab lambat. Saya terlupa hari ni awak ada show kat sini" Kata ku.
"Arin-" Taehyung cuba untuk membalas ku tapi di potong aku lagi.
"Saya ada belikan sarapan untuk awak dan yang lain" Aku tunjukkan plastik itu kepadanya.
"Aku dan yang lain-" Aku memotong lagi katanya.
"Saya mintak maaf sekali lagi. Hukum lah saya" Kata ku dengan rasa bersalah. Sebab aku diorang tak sarapan pagi lagi.
Taehyung mengangkat kedua keningnya. "Betul ke?" Soalnya.
"Ah? Uh.. Betul apa?" Kata ku yang tak faham dengan soalannya.
"Benda last yang kau cakap tadi TU" Katanya dan pandang ku dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. Kamus Oxford pun tak boleh tafsir pandangan dia tu.
"Saya mintak... maaf.. sekali lagi..?" Jawab ku ragu-ragu. Dia menggeleng. "No... Yang lagi satu"
Aku cuba mengingati kembali. Dan aku teringat 'hukum lah saya'. Deym!
"Ouhh ahahah. Yang tu saya salah cakap" Kata ku dan tersengih kelat.
Taehyung tersenyum senget. "Dah pergi sana, kejap lagi aku nak start" Arah Taehyung.
"Tapi.."
"Jumpa lepas aku habis nanti. Noona!" Taehyung panggil stylish noona itu. "A.. Arasseo.." Balas ku dan menundukkan kepala ku. Aku pergi dari situ.
Aku mengeluh dan tunduk ke bawah. Kenapa mulut aku ni masin sangat huh? Entah apa dia rancang nak kena kan aku. Kenal sangat dengan perangai Taehyung tu. Mesti dia nak aku buat benda yang bukan2. Harap taklah.
Aku duduk di kerusi yang berdekatan. Aku menggigit bawah bibir ku. Taehyung menoleh sekilas ke belakang melihat ku. Kemudian dia tersenyum.
...
Selepas mereka sudah buat persembahan, mereka turun dari tangga dan menuju ke khemah semula.
Aku pula sebagai Manager Taehyung yang menjalankan tugas memastikan dia selesa, sudah bersedia dengan kipas dan juga tisu.
Tanpa berkata aku hanya halakan kipas itu padanya. Dia pandang ku. "Lap sini.. " Arahnya mendatar. Dia menunjuk di bahagian leher.
Aku pun hanya mengikut perintah yang di Pertua Agong ni. Aku lap di belakang lehernya. Ini fakta. Even diorang berpeluh pun, diorang tetap bau wangi! Aku curious kut macam mana diorang boleh bau wangi lagi walaupun peluh dah melekit?
Dan perfume yang Taehyung pakai boleh tahan bau dia. Wangi sangat dan menenangkan.
"Sini" Dia tunjuk di dahinya. Di sebabkan ketinggian dia dan aku, seperti biasa aku kena mendongak untuk lap di bahagian situ. Tapi kami masih ada jarak.
Aku perasan mata dia pandang aku. Tapi aku tidak menghiraukannya.
"Lepas ni ikut aku. Aku nak hukum kau" Tiba-tiba sahaja dia bisik di telinga ku sambil tersengih. Aku yang terkejut mengangkat bahu ku ke atas secara tidak sengaja.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...