Aku cepat2 jalan masuk ke dalam bangunan SBS itu. Ada beberapa dari Army yang perhatikan aku jugak ada yang tak. Sebab diorang lebih tumpu pada BTS dekat belakang aku.Dan aku langsung tak pandang BTS pun. Sebab terlampau takut.
Bila aku masuk ke dalam bangunan terasa pengawal dingin nya.
Aku bukak hoodie aku dan kemudian tunggu dorang sampai. Aku menyandarkan diri aku di dinding sambil lihat diorang dari jauh.
Army memanggil nama2 member BTS dan bagi mereka hadiah. Ada yang tangan tergapai-gapai nak pegang diorang.
Satu2 dari dorang Selamat sampai masuk ke dalam bangunan. Penuh tangan dorang dengan hadiah.
Taehyung nampak aku yang sedang menyandar. Terus dia datang dekat aku. Aku pun berdiri dengan tegak bila dia datang makin dekat.
"Nah bawak ni..Jangan sampai jatuh" Taehyung bagi semua hadiah yang dia dapat pada aku. Aku melihat hadiah itu dan pandang dia.
Macam-macam hadiah dia dapat. Cemburu pulak aku. Sekelip mata dia dapat banyak hadiah camni. Kalau aku dapat hadiah pun masa hari lahir aku je. Sedey.
Lepas Taehyung bagi aku semua hadiah tu dua terus pergi dekat member lain. Aku hanya mengikut dia dari belakang.
Kemudian ada sorang namja datang dekat dorang. Namja tu suruh dorang mereka mengikut nya untuk ke bilik menunggu. Aku juga turut mengikut langkah mereka dari belakang.
Namja itu tolong buka kan pintu untuk mereka masuk. Dan bila giliran aku mahu masuk namja itu tahan aku. Dia pandang aku atas bawah. Apahal.
Aku buka mask aku. "Ya kenapa?". "Awak ni siapa?" Namja itu tanya aku.
Masa aku nak jawab ada orang potong. "Dia Manager saya" Taehyung cakap sambil datang dekat kitaorang."Ouhh. Tapi kenapa dia tak pakai layard Staff korang?" Lelaki tu tanya pada Taehyung dengan pelik.
"Dia baru lagi. Sebab tu dia tak pakai. Otak letak dekat patella macam tu lah" Taehyung cakap pastu dia kerling aku. Menyusahkan.
Alamak! Aku yang lupa nak pakai. Tertinggal dekat rumah. Semalam sebelum aku mintak duit kat Puan Hyun Soo. Dia memang ada bagi layard tu dekat aku suruh pakai supaya orang tau aku ni staff dorang.
Mati.
"Hahah. Okay awak boleh masuk" Kata Namja itu.
"Kam-kamsahamnida" Kata aku.
Aku masuk dan namja itu tutup pintu.
"Kenapa kau tak pakai kad tu? " Taehyung tiba2 tanya aku sambil tunjuk kat leher aku."Umm. L-Lupa. Tertinggal kat rumah " Aku jawab dengan takut.
"Kau ni menyusahkan aku je lah. Lain kali ingat lah sikit. Simpan dalam otak kau tu. Mulai esok kau kena pakai layard tu arasso?" Taehyung cakap
"Nae.." Aku jawab mengecut.
"Lepas ni kalau jadi camtu lagi. Aku tak nak tolong kau dah. Pandai2 kau lah" Kata dia lagi. Dan aku diam tertunduk.
Taehyung tersengih dan kemudian pergi dari situ.
3 jam lagi mereka akan practice performance dan 2 jam seterusnya perform secara live.
Sementara mereka menunggu. Mereka membuat aktiviti sendiri.
Aku tengah duduk dekat sofa sambil menonton TV jenis gantung. Mendongak aku tengok.Aku rasa nak tidur je sebab ngantuk tapi aku tahan sebab segan. Lagi pun aku tengah kerja mana boleh tidur. Dalam kebosanan ini aku mengambil peluang melihat mereka yang lain.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanficHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...