Bahagian 12

2.7K 173 7
                                    


Beberapa baju dari almari aku ambil dan lipat masuk ke dalam beg yang aku akan bawa ke rumah nenek.

Pn. Hyeji menjenguk Arin di pintu.  "Arin dah siap ke?"

"Dah" Arin men-zip kan begnya.

"Jom.. " Kata Pn. Hyeji dan bergerak turut ke bawah.

Pn. Hyeji meletakkan beg ke dalam bonet kereta.

"Ah cham(sebentar).. Papa mana Mama? Tak ikut sekali ke?" Tanya yang baru teringat akan appa nya.

"Papa tengah kerja, esok dia balik kerja terus pergi rumah nenek" Jawab Pn. Hyeji dan menutup bonet kereta.

"Ouhh.. "

"Dah masuk dalam kereta" Arah Pn. Hyeji dan masuk ke tempat pemandu.

"Nae"


Dalam perjalanan..

"Mama, nenek sakit apa? Teruk ke ?" Aku pandang Mama.

"Nenek demam dengan batuk2.." Jawab Pn. Hyeji sambil matanya menumpu pada jalan raya.

"Siapa bagi tau Mama?" Soal ku ingin tahu.

"Uncle jiran sebelah rumah nenek tu. Apa nama dia..Uh..?" Pn. Hyeji cuba mengingati nama jiran sebelah rumah mak nya.

"Uncle Jae suk?" Kata aku.

"Uh..Ha ah. Uncle Jae Suk. Dia call Mama tadi" Kata Pn. Hyeji yang baru teringat.

......

Dorm BTS

"Wehh. Kenapa dengan Arin? Nenek dia sakit? " Jimin tanya sambil menghimpit di sebelah Taehyung.

"Ha ah" Taehyung cuba menjarakkan dirinya sedikit dari Jimin sambil matanya ke arah kaca tv.

"Ouhh. Teruk ke nenek dia sakit?" Jimin tanya lagi dan menghimpit Taehyung sehingga lengan mereka berlaga.

"Kau ingat aku bapak dia ke tahu semua tu? Mana aku tahu dan tak nak ambil tahu langsung" Taehyung keluh dan mengerling Jimin.

"Aku tanya je. Mana lah tahu kau tahu ke" Jimin mengangkat bahu dan mencebik. Tanya cikit tak boleh.

"Apa2 je lah" Taehyung menyilangkan kakinya.

Jungkook turun dan duduk di sebelah Jimin.

"Arin mana?" Jungkook tanya melihat sekeliling mencari kelibat Arin.

"Aishh.. Sebuk nak tahu kenapa? " Taehyung sudah serabut dengan soalan yang sama. Rasa seperti dia pula pekerja si Arin.

"Kau ni.. ketinggalan zaman lah Jungkook. Tu lah, berkurung dalam bilik dengar lagu je kerja kau. Arin dia dah balik" Kata Jimin berlagak kerana dia yang tahu dulu dari Jungkook.

"Balik? Biar betul? Awalnya" Jungkook tanya dan pandang Taehyung dengan mata bulatnya. Nasib tak terkeluar biji mata.

"Nenek dia sakit tu dia balik" Jawab Jimin lagi bagi pihak Taehyung.

"Ouhh.. Teruk ke? " Jungkook tanya dengan riak risau.

"Korang kenapa? Aku majikan dia pun tak nak tahu semua tu. Korang pulak yang lebih2" Taehyung menjeling mendengar hal Arin daru tadi.

"Ye lah. Risau lah. Lagipun dia dah jadi sebahagian dari kita. Kena lah tau" Jungkook mengerling Taehyung.

"Betul tu" Sokong Jimin.

"Hmm.. " Taehyung memutarkan bola matanya tanda tak kisah.

"Nak tahu? Taehyung bagi dia cuti sampai nenek dia sihat" Kata Jimin mengangguk pada Jungkook.

I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)Where stories live. Discover now