Hmm.. Aku bukan saja nak merajuk pun. Tapi aku sakit hati tengok dia dengan Minjae semalam. Aku tak jeles. Cuma sakit hati je k. Naik menyampah pulak aku dengan Minjae tu. Makin berkepit dengan Arin. Hii sabar je lah.
"Oitt.. Termenung nampak?" Kata Jimin yang dah lama duduk di sebelah ku tanpa ku perasan. Aku memandang Jimin.
"Tak ada lah.. " Kata ku dan tersengih.
"Kau kenapa merajuk dengan Arin? Tengok kau layan dia macam nak tak nak je. Korang gaduh eh?" Tanya Jimin melulu.
Aku pun tak tahu lah. Kitaorang gaduh ke? Aku rasa tak. Aku sorang je yang merajuk. Tapi salah Arin jugak. Siapa suruh dia sakit kan hati aku macam ni.
Aku hanya mendiamkan diri dan tak menjawab soalan Jimin."Haihh.. Kau ni. Kalau ada masalah suka sangat nak pendam. Aku kan kawan kau. Kita sebaya pulak tu. Kalau kau ada apa² masalah cerita je dekat aku? Aku sentiasa akan menjadi pendengar kau" Kata Jimin tersenyum lalu memegang bahu ku.
Aku agak terharu dengan keprihatinan Jimin terhadap aku. Dari dulu masa kitaorg trainee(pelatih) dia lah orang yang paling care sekali tentang kitaorang.
Kalau kitaorang sedih. Dia lah orang yang cuba pujuk dan tenangkan aku dan yang lain.
Hemm.. Aku bersyukur dapat kawan macam Jimin ni. Mesti bertuah yeoja yang dapat jadi isteri dia nanti. Sebab Jimin ni memang seorang yang caring.
Aku rasa yeoja yang sesuai jadi peneman hidup Jimin, yang tengah tersenyum baca sekarang ni.
"Gomawo Jimin. Hal kecik je.. Kau tak yah risaukan aku. Aku okay" Balas ku.
Dan Jimin tersenyum sehingga matanya menjadi sepet. Aku mengalihkan pandangan ku pada Arin yang sedang berborak dengan Jungkook.
Mula2 tadi dia cuba berborak dengan aku. Tapi aku ego dan tak layan dia. Lepas tu dia pergi dekat Jungkook dengan wajah yang masam.
Arin perasan yang aku tengah pandang dia. Dan aku cepat² mengalihkan pandangan aku. Dia mengeluh dan sambung balik berborak dengan Jungkook.
Patut ke aku berhenti merajuk? Aku pun rindu nak berborak dengan dia..
...
Semasa kitaorang tengah berlatih menari. Telefon Jimin berbunyi. Dan Jimin menghentikan tariannya. Selepas dia menjawab, dia memandang kami semua.
"Um.. Korang.. Korang sambung berlatih. Aku nak pergi tandas kejap.. " Kata Jimin lalu dia keluar.
Tak sempat aku dan yang lain nak cakap. Dia dah terus keluar. Emergency le tu. Aku terpandang wajah Arin yang sedang terlena dekat kerusi di tepi penjuru bilik ni.
Penat lah tu. Ni semua salah aku. Sepatut nya dia tak patut kerja lagi. Aku dah membebankan dia. Mianhae Arin.
Aku pergi ke beg aku di dalam bilik salinan yang terletak di belakang practice room. Setelah aku mengambil nya. Aku menutup zip beg ku dan keluar dari bilik tu.
Aku pergi ke arah Arin. Setelah itu aku menutupi badannya dengan hoodie aku. Bilik ni sejuk.
"Uyooo...! " Hoseok.
"Iee.. Sweetnya hyung!" Kata Jungkook.
Aku meletakkan jari ku di bibir ku. Dan menyuruh mereka senyap. Kepala mereka berdua di ketuk oleh Namjoon dan Jin. Dan hanya tersengih.
"Mana si Jimin ni? Tak balik² dari tandas lagi?" Tanya Namjoon. "Aah lah" Kata Jungkook pula.
"Dia tengah buang hajat besar lah tu.. " Kata Hoseok selamba. "Hahahhah" Kami semua ketawa kecil. Ada² je Hoseok hyung ni.
YOU ARE READING
I'm Kim Taehyung Manager(ON-GOING)
FanfictionHighest-ranking 🎖 #64 of Kim Taehyung Highest-ranking 🎖 #1 of 태형 Highest-ranking 🎖 #53 of bts Highest-ranking 🎖 #1 of Kim Minjae Highest-ranking 🎖 #1 of Manager Highest-ranking 🎖 #14 of 방탄소년단 (Malay ver) Arin seorang perempuan yang berumur...