Peluk

7.9K 705 68
                                    

Hari ni cikgu fizik, Miss Gwen tak hadir ke sekolah. Jadi Wonwoo mengambil kesempatan untuk tidur sekejap dalam kelas. Tiba-tiba, Mingyu datang menepuk bahu Wonwoo.

"Wonwoo, eyebag kau bertambah teruk. Kau ambik dadah ke?"

Wonwoo mengangkat kepalanya dan meluku kepala Mingyu sekuat hati.

Mingyu mengaduh. "Woi!! Sakitlah bodoh!" Dia menggosok kepalanya.

"Kau la bodoh. Aku tak boleh tidur tahu tak. Ada something tak kena dekat kondo aku tu. Aku rasa kondo aku tu macam... berhantu." Wonwoo berbisik.

Mingyu memandangnya serius sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Kau percaya ke benda-benda macam tu. Wei, sekarang ni dah abad ke-21. Mana ada benda-benda macam tu."

Muka Wonwoo bertukar merah. "Yah! Aku tahu la ada benda dalam rumah aku tu. Setiap malam aku rasa ada benda usap muka aku ni. Lepas tu aku bunyi 'Heheeeee'. Tak tahu datang dari mana."

Muka Mingyu bertukar serius. "Well, mungkin itu cuma imaginasi kau. Lagipun, kondo kau tingkat 10 kan? Hantu mana boleh terbang tinggi tu. Hahaha."
"Takpa, malam ni aku datang rumah kau. Kalau betul tak ada hantu, kau kena buat kerja sekolah aku seminggu." Sambungnya lagi.

Wonwoo mengangguk setuju. Kelas pun tamat dan Mingyu datang rumah Wonwoo.

Waktu malam pun tiba dan Mingyu ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Wonwoo memberi bantal dan selimut extra sebelum berlalu ke biliknya.

Ianya sudah melepasi jam 12 malam. Wonwoo terjaga kerana terdengar pintu biliknya dibuka. Kemudian dia merasa ada tangan melingkari pinggangnya.

"Mingyu, kau buat aku terkejut la. Kenapa kau ada dekat sini? Sejuk sangat ke kat luar?" Wonwoo dapat merasakan Mingyu menganggukkan kepala.

"Aku dah kata kau boleh tidur kat sini. Atau, kau takut?" Mingyu mengangguk lagi.

"Aku dah kata dah. Ada benda dalam rumah aku ni. Takpa la. Kau tidur la. Esok nak sekolah."

Wonwoo sambung balik tidur. Esoknya bangun dan Mingyu dah tak ada dekat sebelah.

Dia bersiap-siap dan ke sekolah. Dia masuk di dalam kelas dan ternampak Mingyu. Dia mendekati Mingyu.

"Good morning."

"Morning. Wei, sorry. Aku tinggalkan kau sorang-sorang."

Woowon tersenyum. "Takpa. Kau tidur nyenyak gila semalam. Siap peluk aku lagi." Dia ketawa.

Mingyu menjongketkan kening. "Apa? Semalam aku balik rumah aku pukul 10 malam sebab mak telefon. Ada hal penting katanya. Aku nak bagitau kau tapi kau dah tidur."

Wonwoo terkedu.

"Mana ada aku tidur dengan kau semalam. Merepek." Mingyu menjelir lidah sebelum berlalu ke mejanya.

Jadi semalam tu sapa?

Creepypasta Where stories live. Discover now