Sooyoung menyepak tayar keretanya berkali-kali. Ala, masa ni lah tayar nak pancit pun. Dah la kat tengah hutan pula tu. Dia merengus geram.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Dia memandang ke arah jalanraya. Kot-kot la ada kereta yang lalu lalang. Boleh minta tolong dari mereka.
Dia mengeluh. Tiada satu kereta pun lalu. Dia mengeluarkan handphone dan menghubungi ahli keluarganya dan kawannya.
Tiada seorang pun jawab. Mungkin semua dah tidur.
"Ish, geramnya. Nak ja aku hempuk handphone ni. Macam mana nak balik ni. Dah la malam. Gelap pula tu." Sooyoung membebel.
Dia duduk di seat pemandu. Dia menutup mata. Penat.
Tiba-tiba matanya terbuka apabila terdengar bunyi hon kereta. Dia memandang ke luar. Ada sebuah kereta berhenti di sebelah keretanya.
"Cik, ada masalah ke? Kereta rosak ke?" Lelaki itu bertanya.
Sooyoung keluar dari keretanya. "Kereta saya, tayar dia pancit. Saya dah cuba telefon orang suruh tolong, tak ada orang jawab."
"Okay. Kalau macam tu, cik naik kereta saya lah. Saya hantar cik balik rumah." Ajak lelaki itu.
"Tak apa ke? Tak menyusahkan ke?"
"Tak ada lah. Lagipun dah lewat sangat ni."
"Okay, kejap. Saya ambil handbag." Sooyoung mencapai handbagnya sebelum masuk ke dalam kereta lelaki.
"Cik ni nama apa?" Lelaki itu memulakan perbualan.
"Choi Sooyoung. Awak?"
"Saya Donghae. Jadi, cik buat apa dalam hutan ni malam-malam."
"Saya baru balik dari reunion tadi. On the way nak rumah, tiba-tiba tayar pancit pula. Dah la esok kerja."
"Oh. Cik tak takut ke sorang-sorang kat hutan ni? Saya ada dengar yang ramai orang cakap yang diorang jumpa hantu tak ada kepala."
Tiba-tiba, Sooyoung mencabut kepalanya dan meletakkannya di riba Donghae.
"Tak ada kepala macam ni ke?"
![](https://img.wattpad.com/cover/57927476-288-k118969.jpg)