Gambar

3.1K 250 22
                                    

Ada seorang pemuda, namanya Leeteuk. Dia bekerja sebagai penghantar sayur-sayuran di sebuah taman perumahan. Suatu hari dia harus menghantar sayuran di sebuah rumah perempuan tua.

Apabila dia melangkah masuk, dia dapat melihat banyak gambar yang tergantung di dinding. Matanya terarah ke satu gambar. Ianya ialah gambar kanak-kanak lelaki. Mata kanak-kanak itu memandang tepat ke arahnya. Badannya tiba-tiba merinding.

Dengan hairan, dia bertanya.

"Makcik, siapa budak dalam gambar itu?"

"Kenapa? Indah kan gambar itu? Kamu mesti tidak boleh melihat bahawa dia sudah mati kan?"

Katanya dengan tenang. Lalu, dengan selamba dia memasukkan seekor kucing yang ketakutan di dalam mesin basuh yang sedang berpusing.

Creepypasta Where stories live. Discover now