Aku melambai tangan ke arah omma dan appa. Kereta mereka berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Aku mengeluh. Malam ini tinggallah aku sorang dekat rumah. Omma dan appa keluar pergi makan malam bersama kawan lama mereka. Ada reunion.
Aku menutup pintu itu dan berlalu ke bilikku. Aku membuka laptop dan mula melayari internet. Aku bercadang untuk membuat video chat dengan kawanku. Namun tiada siapa yang online.
Aku mengeluh. Bosan wei. Lebih baik aku tidur. Nak tunggu omma dan appa balik, mesti lambat lagi.
Baru saja aku nak tutup laptop, tiba-tiba ada seorang perempuan menghantar video chat kepadaku. Mukanya kelihatan pucat dan ketakutan. Sebelah tangannya menekup mulutnya, seperti berusaha untuk tidak mengeluarkan suara. Air matanya membasahi pipi.
Dia mula menaip.
Perempuan: tolong saya!!!
Bobby: tolong apa..???
Perempuan: tolong telefon polis
Bobby: kenapa? apa yg berlaku?
Perempuan: ada seseorang masuk ke dalam rumah saya. awak kena tolong saya.
Bobby: awak pasti? ini bukan prank kan?
Perempuan: saya serius!! cepat telefon polis.
Bobby: kenapa bukan awak saja yang telefon??
Perempuan: handphone saya habis bateri. awak org pertama yg saya jumpa. awak kena tolong saya sebelum orang itu apa-apakan saya.
Bobby: awak yakin ini bukan gurauan?
Perempuan: bukan!!! cepat hubungi polis.
Bobby: baik. hantar alamat awak.
Perempuan itu menaip alamat rumahnya. Aku mencapai handphone di hujung meja. Sementera aku menelefon polis, alamat sudah dihantar. Aku melihat alamat tersebut.
Itu alamat rumahku!
Aku terkejut sampai handphone terlepas dari genggaman tanganku dan jatuh ke lantai. Panggilan tadi terputus.
Tiba-tiba, aku berasa takut. Aku memandang ke arahnya. Aku memandangku dengan pandangan yang ketakutan. Sesekali dia memandang ke arah almari di dalam biliknya.
Aku juga memandang ke arah almari di hujung bilikku. Perlahan-lahan aku mendekatinya. Sesekali aku perhatikan perempuan itu. Mukanya terkejut, seperti mendengar sesuatu. Dia menutup mata dan menekup telinganya.Dia menggeleng kepalanya dan kelihatan cemas.
Aku terus melangkah. Kini, aku sudah memegang tombol pintu almari itu. Dengan sepantas kilat, aku menarik tombol itu. Tak ada apa pun. Hanya kelihatan baju aku yang tergantung elok di sana.
Serentak itu, aku mendengar bunyi jeritan dari arah laptop. Aku memandang laptop. Ia sudah terpadam.
Malam tu, aku tak boleh tidur. Aku asyik mengerling ke arah almari itu. Aku mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan tidur di sofa.
Esok pagi, aku memberitahu hal semalam kepada orang tuaku. Appa bercadang untuk bertanya hal kepada jiran sebelah.
Jiran sebelah bagitahu yang rumah aku ini dulu dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan. Suatu malam mereka telah keluar dan tinggalkan anak mereka. Kemudian, ada seorang pencuri telah pecah masuk rumah mereka dan membunuh anak mereka. Dia ditikam sehingga mati dan diletakkan di dalam almari bilik perempuan itu.
Selepas mendengar cerita itu, appa terus meletakkan almari itu di luar rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Creepypasta
Fiksi PenggemarHimpunan cerita seram berdasarkan pengalaman sendiri.