Tolong teman

5.9K 551 68
                                    

Dokyeom ditugaskan menguruskan koperasi sekolah oleh Encik Minho bersama dua lagi kawannya. Lepas tamat waktu sekolah, dia terus ke koperasi. Malangnya, lagi dua kawannya tidak boleh bertugas kerana ada hal penting.

Jadi, Dokyeom hanya bertugas seorang diri. Dia mula menyusun air kotak di dalam peti sejuk.

Ketika dia tunduk untuk mengambil air kotak di lantai, dia terpandang sepasang kasut yang berada tidak jauh darinya. Dia melangut.

Kelihatan seorang perempuan berpakaian sekolah memandang ke arahnya. Dokyeom terus berdiri tegak.

"Ya, awak nak cari sapa?" Dokyeom bertanya.

"Saya tak cari sapa-sapa. Saya datang nak tolong awak. Saya kesian tengok buat kerja sorang-sorang."

"Baiklah kalau macam tu."

Mereka melakukan kerja bersama. Sesekali Dokyeom melirik ke arah pelajar itu. Rambutnya panjang melepasi pinggang. Wajahnya pucat. Mungkin dia sejuk. Bajunya pula agak lusuh. Mungkin dia dari keluarga sederhana.

Dokyeom berdehem. "Nama saya Kim Dokyeom, nama awak ?"

"Kim Jiyeon."

Kim Dokyeom. Kim Jiyeon. Nanti kalau kita kahwin, tak payah susah-susah tukar nama keluarga. Dokyeom sempat lagi berfikir begitu.

"Oh. Saya tak pernah pun nampak awak sebelum ni."

"Saya form 2. Saya selalu jaga koperasi waktu rehat pertama."

"Ooo.. saya form 5. Jadi awak kena panggil saya oppa." Mereka ketawa.

Selesai sahaja melakukan kerja, Dokyeom mematikan kipas dan lampu. Dia dan Jiyeon berjalan ke pintu. Dia mengunci pintu itu.

"Jiyeon, terima kasih sebab..." Dokyeom mencari kelibat Jiyeon. Dia menoleh ke kiri ke kanan. Tiada.

Ah, mungkin dia dah balik.

Keesokan hari, Dokyeom dipanggil oleh Cikgu Minho.

"Cikgu panggil saya?"

"Saya nak tanya awak. Macam mana bertugas semalam dengan kawan awak? Okay?"

"Okay tapi Hansol dengan Jungkook kena balik awal. Ada hal penting."

"Lepas tu, awak bertugas sorang lah?"

"Tak, ada seorang budak tolong saya."

"Sapa?"

"Kim Jiyeon."

"Kim Jiyeon?" Katanya Cikgu Minho, terkejut.

Dokyeom menjongketkan kening. "Kenapa cikgu?"

"Kalau cikgu bagitau, jangan terkejut."

Dokyeom cuak.

"Sebenarnya, Kim Jiyeon yang kamu cakap tu dah lama meninggal. Sejak tahun lepas. Dia pernah jaga koperasi dulu. Dia mati sebab tersepit dekat kaunter koperasi."

Dokyeom terkedu.

Creepypasta Where stories live. Discover now