Jatuh

3.6K 292 10
                                    

Jisoo dan Myungeun berhenti di hadapan sebuah rumah. Di tangan mereka ada sekeping kad kutipan untuk dana sekolah mereka. Jisoo mengetuk pintu rumah itu.

Tuk! Tuk!

Tak ada apa pun. Dia mengerling ke arah Myungeun. Myungeun faham dengan kerlingan itu. Dia mengetuk pintu itu pula.

Tuk! Tuk!

Masih sama. Mereka berdua mengeluh.

"Jisoo, aku rasa rumah ni tak ada orang. Kita pergi lain la."

"Okay, jom."

Baru sahaja mereka ingin membuka langkah, pintu itu tiba-tiba terbuka. Kelihatan seorang makcik di balik pintu. Mukanya kelihatan cengkung dan badannya agak susut. Mereka berdua tak jadi melangkah.

"Annyeong hasayo, makcik." Mereka tunduk 90° darjah.

"Sorry mengganggu. Kami hanya nak gunakan beberapa minit masa makcik. Kami sebenarnya ingin meminta dana daripada makcik. Ianya untuk Kutipan Jogathon."

Makcik itu tidak memberi respon. Senyum tak. Marah pun tak. Tiada reaksi. Jisoo memandang ke arah Myungeun. Myungeun faham.

"Makcik, sebenarnya kami dari sekolah tinggi Woolim nak minta sikit sumbangan dari makcik. Tu pun kalau makcik sudi."

Tiba-tiba makcik itu membuka luas pintu rumahnya. Mungkin mengajak mereka masuk ke dalam. Jisoo dan Myungeun saling berpandangan.

Mereka pun masuk dan duduk di sofa. Makcik tadi hilang entah ke mana. Ke dapur mungkin. Jisoo memerhati sekeliling rumah itu. Banyak gambar orang digantung di dinding.

'Seram gila rumah ni. Nak kata halloween, lambat lagi.' Dia bermonolog. Myungeun pula terjenguk-jenguk ke dapur.

"Lamanya makcik tu pergi dapur. Buat apa entah." Myungeun merungut.

Jisoo memandang ke arah Myungeun. "Biarlah kat dia. Asalkan dia bagi kita dana. Itupun tujuannya."

Tiba-tiba, makcik tadi muncul sambil menatang sedulang cawan. Dia meletakkan dulang itu di atas meja dan mempelawa mereka minum. Mereka pun apa lagi, minumlah. Makcik itu pula berlalu semula ke dapur.

"Baiknya makcik tu. Tadi bukan main lagi tak nak cakap. Rupa-rupanya peramah orangnya." Kata Jisoo.

"A'ah. Mesti dia bagi dana yang banyak untuk sekolah kita." Jawab Myungeun pula.

Kemudian, makcik tadi datang ke ruang tamu sambil membawa pinggan berisi kuih-muih. Dia melangkah ke arah meja.

Entah macam mana entah, kaki dia tersadung pada kaki sofa dan...

BUKKK!!

Kepalanya terlepas dari lehernya dan jatuh di atas riba Myungeun.

Pfttt...!!

Air yang diminum Jisoo tersembur. Mereka berdua menjerit dan terus keluar dari situ.

Creepypasta Where stories live. Discover now