Chen ialah seorang budak yang suka menyakat orang lain. Contohnya, Chen dan rakan-rakannya keluar bersama ke cafeteria.
Lalu, pelayan itu bertanya.
"Meja untuk empat orang?"Chen ketawa lalu menjawab.
"Empat orang? Kami datang berilma. Cuba kira betul-betul. Lima orang kan?"Chen selalu berbuat begitu sehingga kawan-kawan yang lain percaya yang dia mampu melihat makhluk halus. Akan tetapi itu semua tidak benar.
Chen hanya mengenakan kawan-kawannya dan mereka kesal dengan sikap Chen.
Satu hari, Chen bercadang untuk makan di cafeteria. Dia membuat pesanan dan seketika kemudian, pelayan datang membawa pesanannya.
Kemudian, pelayan itu membawa pesanan lain dan meletakkannya di hadapan Chen. Chen mula pelik kerana dia tidak meng'order' makanan itu.
"Cik, saya tak order makanan ni." Chen berkata.
Pelayan terkejut dan berkata itu kepunyaan orang di hadapannya. Chen melihat di hadapannya. Ianya cuma bangku kosong.
Sejak itu, Chen berasa dirinya diikuti. Chen sering dilihat berjalan bersama seseorang. Bahkan, di dalam bas yang sesak juga terdapat ruang di sebelah Chen yang cukup untuk seorang.
Kemudian, dia mengurung diri di dalam rumah. Dia hilang selera makan dan berat badannya turun mendadak. Chen bertukar daripada periang kepada pendiam.
Beberapa bulan kemudian, dia sembuh dari kemurungan. Lalu, dia bercadang untuk minum petang di sebuah cafe. Dia memesan segelas air.
Pelayan datang meletakkan gelas itu di hadapan Chen. Kemudian, dia meletakkan satu hadapan Chen dan di samping Chen.
Dan lagi.
Dan lagi.
Dan lagi.
Dan lagi.