Picture

5.4K 501 20
                                    

Minghao menghempaskan badannya ke atas sofa di ruang tamu. Dia baru sahaja balik dari tempat kerja. Dia berasa sungguh penat. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya.

Sudah menjadi kebiasaannya bermain telefon sebelum tidur. Dia akan bermain di akaun faecbook, whatsapp, line dan instagram. Dia bermain dengan telefonnya sampai dia terlena.

Esoknya, dia baru awal. Dia mencapai telefonnya dia lantai. Mungkin terjatuh semasa dia tidur.

Dia melihat jam di skrin telefon. Masih awal. Dia menekan ikon gallery. Entah kenapa dia tergerak menekan ikon itu.

Minghao memeriksa satu persatu gambar. Dia tersenyum melihat gambar itu. Ada gambar derp kawan-kawannya. Ada gambar girlfriendnya. Ada gambar familynya.

Dia terhenti di satu gambar. Gambar itu gambar dia sedang tidur di sofa. Minghao melihat tarikh di sudut gambar itu. Tarikh semalam.

Mungkin ada seseorang yang ambil. Tapi...

Minghao tinggal seorang.

Creepypasta Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang