Hantu dalam bahasa Korea disebut gwinshin ( 귄신 ). Antara gwinshin yang terkenal di Korea ialah:
1. Cheonyeo Gwinshin
Cheonyeo Gwinshin ialah hantu anak dara di mana menurut sejarah tradisional, anak dara sangat sulit dalam hidupnya kerana mereka diajar bahawa kebaikan yang terbaik ialah untuk melayani ayahnya, suaminya dan anaknya. Cheonyeo yang mati meninggal bererti dia tidak memenuhi tujuan hidupnya dan tak mungkin akan kembali ke dunia.
Pakaian yang dipakai gwinshin ini ialah Hanbok Putih yang disebut sebagai Sobok di mana Sobok ialah pakaian berkabung tradisonal. Rambut mereka terurai panjang ke bawah kerana mereka tidak bernikah, sehingga mereka tiada hak untuk memakai konde.
*hanbok- pakaian tradisional masyarakat Korea
2. Jeosung
Hantu ini juga dikenali oleh masyarakat Korea sebagai malaikat pencabut nyawa. Hantu ini suka menyalahgunakan jiwa yang meninggal untuk berkelana. Setiap kali ada yang meninggal, makhluk ini akan menghisap jiwa orang meninggal dan mengiringinya ke tempat tujuan orang meninggal.
3. Dal Gyal Gwinshin
Hantu korea ni juga disebut sebagai hantu telur. Namanya berasal berdasarkan kemiripannya seperti telur. Ia tidak mempunyai lengan, kaki, kepala, mata, hidung bahkan mulut. Kononnya jika seseorang itu melihat hantu telur, ia akan segera mati. Banyak mitos yang menyatakan bahawa sebahagian hantu telur telah berubah menjadi telur, menyembunyikan diri dan keluar jika mereka ingin.
4. Mul Gwinshin
Menurut orang Korea, musim panas banyak membawa kecelakaan tenggelam sehingga ada hantu yang disebut Mul Gwinshin (hantu air). Hantu ini ialah jiwa yang kesepian kerana tenggelam. Hantu ini tidak suka bersendirian lalu ia akan menarik orang sedang berenang dan menyeretnya ke dalam laut yang dalam.
Hantu air ini sering dijadikan perumpamaan Korea iaitu 'Mul gwinshin jagjeon'. Ia bermaksud 'Taktik hantu air'. Ungkapan ini digunakan apabila seseorang itu ingin mencelakai seseorang yang lain.
5. Gumiho
Gumiho ialah makhluk yang muncul dalam lagenda Korea dan mirip dengan kisah manusia serigala di Eropah. Menurut dongeng, gumiho ialah seekor rubah yang berekor sembilan yang hidup selama seribu tahun. Mereka boleh berubah ke dalam bentuk lain. Mereka boleh menjadi seorang perempuan yang cantik. Jadi, para lelaki akan terpikat dengan mereka dan mereka boleh mengambil kesempatan ini untuk memakan hati dan jantung mereka.