Cerita ini berlaku dekat kolej student lelaki. Macam biasa la bila junior baru masuk, mesti ada minggu orientasi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan abang-abang senior.
Nak dijadikan cerita, ada satu malam ni senior; Seungcheol, Jeonghan dan Jisoo ni nak buli junior.
Seungcheol tu suruh si junior; Dino beli karipap dekat blok D tingkat 3. Dia cakap ada orang jual karipap dekat situ. Padahal, blok itu tak pernah wujud pun kat kolej ni. Saja nak uji budak junior ni.
Dino yang tak tahu apa-apa ni pun pergi ke blok tu. Selepas dia berlalu, senior-senior tu pun gelakkan dia.
Tunggu punya tunggu, Dino pun datang ke bilik mereka dengan karipap yang dipesan.
Mereka semua pelik dan mula rasa lain macam.
Jisoo tanya dekat Dino mana dia beli karipap tu. Dino cakap dia beli dekat blok D tingkat 3 dekat sorang makcik. Makcik tu siap pesan lagi.
'Cakap kat senior tu, jangan buli junior tau.'
Muka Seungcheol, Jeonghan dan Jisoo bertukar pucat. Menggigil badan mereka sebab rasa terkejut yang amat.
Kalau blok D tu tak wujud, macam mana Dino boleh sampai ke situ..??
