Bayang-bayang

5.5K 487 29
                                    

Bayang-bayang. Ianya satu imej yang terhasil apabila pantulan cahaya tidak dapat menebusi suatu objek legap dan contoh paling ketara adalah manusia. Imej bayang-bayang serupa dengan objeknya. Cuma ia berwarna hitam, tidak mempunyai wajah seperti manusia. Hanya garisan luar saja yang ada.

Mahu dijadikan cerita, kisah bayang-bayang ini bermula apabila seorang pelajar lepasan sekolah yang pulang ke rumahnya setelah selesai kerja sambilannya di sebuah restoren.

Myungsoo namanya. Dia bekerja di bahagian belakang restoren. Tugasnya adalah mencuci segala peralatan dapur.

Pada suatu hari, dia terpaksa bekerja shif petang hingga malam kerana tidak cukup pekerja. Ini adalah kali pertama untuk Myungsoo mengalami shif itu kerana sebelum-sebelum ni Myungsoo hanya bekerja di waktu pagi hingga petang saja.

Selesai kerja, dia pulang. Dia berjalan seorang diri di sebuah lorong yang agak sunyi dan gelap. Hanya cahaya bulan yang menerangi lorong itu. Jam di tangan sudah melepasi angka 12. Myungsoo pada mulanya berjalan ke rumahnya dengan tenang tetapi sesuatu telah menganggu ketenangan.

Myungsoo tersedar akan kehadiran bayang-bayangnya yang terhasil di dinding lorong di sebelahnya. Myungsoo pantas menekup wajahnya. Dia takut untuk memandang bayang-bayangnya walau dengan ekor mata sekalipun. Dia mempercepat lagi langkahnya untuk ke rumah.

Tibanya dia di rumah, pantas dia mencari ibunya di bilik dan menangis di hadapan ibunya.

Dalam tangisannya dia bertanya,

"Ibu, ibu pernah cakap kan bagaimana rupa sesuatu bayang-bayang tu. Ibu kata ia berwarna hitam. Betul-betul ikut rupa kita dan tidak berwajah,"

Ibu hanya mengangguk perlahan. Dia pelik dengan kelakuan anaknya.

Myungsoo menangis dengan lebih kuat.

"Tetapi kenapa bayang-bayang Myungsoo tidak macam tu? Ia memang hitam dan tidak berwajah tetapi kenapa tidak betul-betul mengikut bentuk tubuh Myungsoo?"

"Kenapa? Bayang-bayang tu pendek dari Myungsoo ke tinggi sikit dari Myungsoo? Myungsoo, itu semua faktor jarak objek dengan cahayalah. Tak perlu risaulah," ibunya malas melayannya. Dia kembali berbaring untuk melelapkan matanya.

"Bukan! Bayang-bayang Myungsoo membentuk seorang perempuan..." Myungsoo menangis ketakutan.

Ibunya tergamam.

Creepypasta Where stories live. Discover now