Di sebuah kampung, terdapat satu hutan yang tebal. Dikatakan hutan itu keras dan siapa yang masuk ke dalamnya, takkan keluar balik.
Baekhyun dicabar oleh Taehyung untuk tidur di dalam hutan itu. Dia pun bersetuju kerana dia tidak percayakan hantu-hantu ni.
Keesokkan malamnya, Baekhyun pergi ke hutan tu seorang. Dia membentang sehelai kain dan baring di atasnya.
Dia memandang ke arah langit. Dia menunggu kalau ada sesuatu yang akan muncul di hadapannya.
Seketika kemudian dia mencebik. Tiada apa pun yang menarik tentang hutan ini.
"Hmm.. nampaknya aku sorang ja la yang tidur kat hutan ni." Katanya kepada dirinya.
"Tak, nampaknya hanya kau dengan aku ja la yang tidur kat hutan ni." Bisik seseorang di telinganya.
