Credit to khairunnisakfarhana
Hai, nama aku Hyungwon. Aku nak menceritakan sebuah cerita tentang aku. Cerita yang aku tak dapat lupakan sehingga sekarang. Cerita ini mungkin tak seseram mana yang korang pernah baca sebelum ini. Terserah korang lah nak percaya ke tak.
Cerita ini bermula apabila pada satu hari, keluargaku berpindah ke rumah baru kami. Aku sangat teruja kerana rumah yang baru ini sangat cantik dan luas. Bilik tidur aku yang ini lebih besar dari sebelum ni. Aku membaringkan diri di atas katil dan menutup mata. Hmm... bestnya katil ni. Aku menghidu bau katil itu. Hmm... bau kedai.
Dum! Dum!
Telingaku menangkap bunyi bola yang melantun di tanah. Aku membuka mata. Aku menuju ke tingkap bilikku. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang di hadapan rumahku.
Cara mereka bermain membuatkan aku tertarik untuk bermain bersama mereka. Aku keluar dari rumah dan menuju ke arah mereka.
"Hai."
Mereka berpaling ke arahku. Salah seorang dari mereka datang bersalaman denganku.
"Hai. Awak baru pindah ka? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Hehe, btw saya Minhyuk."
Aku tersenyum. "Saya Hyungwon. Saya baru saja pindah tadi. Boleh saya join korang main?"
"Haha... boleh ja. Marilah. Tapi sebelum tu, saya perkenalkan. Ini L.joe, Jhope, D.O dan Minho."
Setiap hari, aku akan bermain dengan mereka. Mereka semua sangat baik dan mereka banyak mengajar aku bermain dengan baik.
Satu hari, kelab bola keranjang membuat audition ke mewakili sekolah dalam pertandingan. Aku ingin mencuba nasib. Jadi, aku pun pergi ke audition itu.
Para juri itu menyuruh aku bermain bola keranjang. Aku pun bermain, sama seperti mana aku bermain petang-petang bersama Minhyuk dan kawan-kawannya. Sambil bermain, mataku melirik ke arah para juri. Mereka kelihatan kagum dengan cara permainanku. Selesai bermain, aku menuju ke arah mereka.
"Wow, awak bermain dengan baik." Puji seorang juri di situ. Siwon namanya.
"Terima kasih." Aku tersenyum.
"Cara awak bermain nampak seperti profesional." Kata Heechul, juri yang lain.
"Haha... biasa-biasa saja."
"Cara awak bermain seperti awak selalu berlatih. Betul tak?" Siwon berkata.
"Ya. Saya selalu berlatih bersama kawan-kawan saya di gelanggang bole keranjang di hadapan rumah saya."
"Oh ya? Patutlah. Rumah awak dekat mana?" Heechul bertanya.
"Dekat Taman Pledis. Rumah nombor 17."
Muka Siwon dan Heechul pucat.
"Kawan awak tu nama apa?" tanya Heechul.
"Minhyuk, L.joe, Jhope, D.O dan Minho."
Muka mereka bertambah pucat. Aku hairan kenapa mereka berubah begitu. Ada apa-apa tak kena ka?
"Awak nak tahu satu benda? Siwon bertanya.
Aku menjongketkan kening. "Apa dia?"
"Kalau awak nak tahu, gelanggang yang awak cakap tu berhantu sejak lima tahun lepas. Dan nama yang awak sebut tadi telah mati lima tahun lepas. Mereka ialah bekas pelajar di sekolah ini dan pemain sekolah untuk sukan bola keranjang. Masa kejadian itu diorang main bola di situ kerana ada satu pertandingan akan berlangsung. Tapi, malangnya mereka mati disambar petir." kata Siwon.
Erk.. aku terkedu.