Jerit

4K 348 14
                                    

-Youngji-

Minggu depan, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Aku mula berjaga tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Malam ini juga sama. Aku sudah berada di meja belajar. Aku mencapai buku Matematik dan mula melakukan latihan. Keadaan di bilik itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas bergerak dan bunyi kakulator dipicit-picit.

Tumpuanku mula terganggu apabila aku mendengar suara omma dari tingkat bawah.

"Youngji, mari makan!"

Pensel di tanganku terlepas. Aku menanggalkan cermin mataku. Kemudian, aku terus meluru masuk ke dalam almari bajuku dan bersembunyi di dalamnya.

Badanku menggigil. Tanganku sejuk. Peluh mula membasahi dahi. Fikiranku bercelaru.

Aku ketakutan kerana omma dan appa tiada di rumah sejak dua hari lepas.

Creepypasta Where stories live. Discover now