Hani dan Yein adalah pelajar tahun kedua di sekolah menengah rendah. Mereka tetap berkawan baik walaupun salah seorang daripada mereka telah melakukan satu perkara yang sumbang. Hani telah melakukan hubungan seksual di bawah umur bersama seniornya, Jae Hwan.
Dan kini, kandungan Hani berusia 5 bulan. Jae Hwan telah menyuruh Hani untuk gugurkannya tetapi Hani berdegil. Hani sayangkan kandungan.
Pada suatu hari, Jae Hwan mengupah Yein untuk membunuh kandungan Hani. Yein terpaksa akur kerana Jae Hwan mengugutnya.
"Aku nak kau bunuh kandungan dia, Yein. Kalau tak aku bunuh kau!"
Yein melaksanakan tugasnya. Dia meracuni minuman Hani. Tetapi lain pula yang berlaku.
"Macam mana ni... aku bukan saja bunuh kandungannya tetapi terbunuh Hani sekali!"
"Takpalah. Terbunuh kan nak buat macam mana. Lagi bagus. Degil sangat nak bunuh anak tu," nasib baik Jae Hwan tidak memarahi Yein.
Lama kelamaan Yein dan Jae Hwan bercinta. Yein seperti selamba bercinta dengan kekasih kawan baiknya sendiri. Dia juga telah melupakan Hani.
Pada suatu hari selepas tamat kelas pendidikan jasmani, Yein diarahkan supaya mengangkat mesin penimbang automatik yang telah digunakan ketika ujian segak. Aish beratnya mesin ni!
Semasa mengangkatnya, tiba-tiba saja mesin penimbang automatik itu berbunyi.
"Terlebih berat badan... terlebih badan..."
Yein menampar mesin penimbang automatik itu beberapa kali. "Aish- mesin ni rosak ke?"
Mesin itu berhenti seketika. Tetapi tak lama kemudian, ia berbunyi kembali.
"Terlebih berat badan... terlebih berat badan... mengandung!"
Yein tergamam ketika mesin itu menyebut perkataan mengandung. Dia membulatkan matanya apabila ternampak seorang perempuan dengan perut boyot tiba tiba muncul dan berdiri di atas mesin penimbang automatik itu dalam keadaan paha dan betisnya berlumuran darah. Bibir pucatnya tersenyum sinis.
'Hani... macam mana boleh berlaku ni!!"
Yein terjerit tak keruan ketika perutnya ditusuk dengan kuku Hani yang panjang dan berulat.
"Sakit? Macam ni lah kesakitan di perut aku ketika aku menelan racun yang kau beri!"
Yein rebah di situ tak lama kemudian.