Short Stories

2.6K 178 33
                                    

1. Adik aku kata dalam bilik aku ada hantu. Mak panggilkan bomoh untuk halau hantu tu. Habis berasap bilik aku. Ah.. ah... tidak! Kain aku terbakar.

2. Pada petang tu, aku jalan sorang-sorang. Bila aku toleh belakang, aku nampak ada kesan tapak kasut lain di samping tapak kasut aku.

3. "Haih.. tinggal aku sorang je hari ni."

"Gwenchana, aku kan ada."

4. Aku melihat gambar yang tergantung di dinding. Perempuan di dalam gambar itu tersenyum kepadaku.

5. Aku menyesal dengan kematian anakku. Aku tidak sengaja memberinya racun yang sepatutnya diberikan kepada suaminya.

6. Orang kata kucing boleh nampak hantu. Aku percaya sebab sekarang ada kucing sedang merenung aku yang bertenggek atas bumbung rumah.

7. Aku terdengar jeritan anakku di tingkat atas. Aku bergegas naik ke biliknya. Dia tidak percayakan aku apabila aku beritahu yang semuanya okay. Mungkin dia ternampak benda di belakangku.

8. Aku suka bermain dengan patung mainan itu. Tapi apabila aku dengar bunyi degupan jantung padanya, aku mula ragu dengannya.

9. Dia ingin memetik suis lampu itu. Tapi, ada satu tangan sudah memetiknya.

10. Aku mengangkat tangan kananku dan tersenyum ke arah cermin. Pantulanku juga mengangkat tangannya dan senyum ke arahku.

11. Ayah kata kawanku mencari aku tadi. Padahal aku sudah menguburkannya cukup dalam.

12. Mereka sudah mencari mayat budak lelaki di merata tempat. Tapi mereka tidak cari di bilikku.

13. Aku terpandang seorang perempuan di bawah cahaya lampu tersebut. Kemudian aku perasan yang dia tiada bayang-bayang.

14. Aku membuka pintu keretaku dan ternampak seorang mayat. Pelik. Semalam aku letak dua.

15. Aku menghalakan pistol ke arah si tak guna yang membunuh isteriku. Dia menangis seakan tahu aku akan menembaknya. Terus aku menarik picu pistol.

Jika dia beritahu aku sebab dia bunuh isteri aku, dia mungkin hidup lagi sekarang. Tapi itu mustahil. Dia baru dilahirkan beberapa ketika yang lepas sahaja.

16. Tidurku terganggu dengan bunyi ketukan paku dan tanah tertimbus. Tidak! Aku tertanam di bawah tanah.

Creepypasta Where stories live. Discover now