Bayang-bayang II

3.6K 274 14
                                        

Dahyun mengeluh. Dia baru sahaja habis kelas tambahan. Matanya mengerling ke arah jam tangan. Sudah pukul 6.28 petang. Dia sudah terlepas basnya. Jadi, terpaksalah dia balik sendiri. Dia mengeluh lagi.

Dia mendongak dan memandang ke arah langit. Malam hampir tiba. Kakinya melangkah masuk ke dalam satu lorong shortcut menuju ke rumah. Lorong itu sangat sempit dan hanya muat untuk dua orang sahaja.

Sambil berjalan, Dahyun memandang ke arah jalan tar. Terdapat banyak lampu jalan di situ dan dia dapat melihat bayang-bayang yang terbentuk. Dia menjadi pelik apabila melihat ada dua bayang-bayang. Dia mengangkat muka dan menoleh ke belakang. Tiada siapa pun.

Dia mula berasa lagi macam. Dia mengorak langkah lebih laju. Matanya memandang ke atas jalan. Bayang-bayang tadi tidak berubah. Malah bertambah.

Tiga, empat, lima dan enam.

Creepypasta Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang