Hoshi suka travel menaiki keretapi. Dia boleh melihat pemandangan pokok dan bukit yang menghijau.
Hari ni dia menaiki keretapi lagi. Tempat duduknya ialah 8A. Keretapi itu sesak berbanding biasa. Pun begitu tiada siapa yang duduk di kerusi bernombor 8C.
Ada sekali tu, seorang lelaki hendak duduk di situ. Tapi bila menyedari tempat tu bernombor 8C, dia terus tak jadi duduk. Dia hanya berdiri sepanjang perjalanan.
Hoshi menjadi curiga dengan kerusi itu. Dia bangun dari kerusinya dan duduk di kerusi 8C. Semua penumpang memandang ke arahnya. Ada yang mula berbisik.
Hoshi membetulkan kedudukannya. Pada mulanya dia berasa biasa, kemudian dia berasa tidak sedap hati. Dia memejamkan mata. Sesaat selepas itu, dia mencelik. Dia menekup mulut.
Dia terkejut melihat figura di hadapannya. Figura itu merupakan seorang perempuan yang berambut panjang dan memakai baju putih dengan kesan darah padanya.
Perempuan itu memandang Hoshi. Matanya terjegil. Hoshi terus berlari ke kantin yang berada di gerabak sebelah.
Apabila dia bertanya tentang kerusi itu kepada pelayan kantin itu, mereka kata dulu pernah ada seorang perempuan duduk dekat kerusi itu. Lepas tu, ada beberapa lelaki datang dan membunuhnya dengan cara yang kejam.
Katanya itu ialah orang suruhan tunang perempuan tu. Tunang dia suruh bunuh sebab perempuan tu lari dengan laki lain masa hari perkahwinan diorang.
Sejak tu, kerusi tu berhantu dan tak ada yang berani duduk dekat situ.