Sujeong tinggal berdua dengan papanya kerana mamanya sudah lama meninggal dunia. Dia masih bersekolah di tingkatan 5.
Selepas tamat waktu sekolah, Sujeong terus pulang ke rumah. Dia tidak mahu terlepas untuk menyaksikan drama seram kegemarannya.
Sampai saja di rumah, dia terus menonton tv. Sedang sedap menonton, terdengar pintu rumahnya dibuka. Mungkin itu papa. Ah, biarlah.
Matanya tidak berkalih di kaca tv. Tapi, dia tetap dapat mendengar derap kaki itu berlalu menaiki tangga ke tingkat atas. Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang batuk. Dia tidak menghiraukan.
Bunyi itu makin lama makin kuat. Dia menoleh untuk melihat papanya namun dia terkedu. Tiada kelibat papa di situ. Dia kaget.
Handphonenya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.
Papa balik lambat sikit.