Told by a reader SongTaeRinKiutBhaii
Ps: sori kalau ada kurang apa-apaJihyo (Twice) POV
Aku ada tiga adik-beradik. Aku, abang aku (13 tahun) dengan adik aku (4 tahun). Walaupun aku dengan abangku Jimin sudah besar panjang, kami suka tidur dengan mak aku dekat bilik mak aku.
Mak tak kisah pun. Ayah pula selalu balik lambat. Kadang-kadang, nak subuh baru balik.
Aku baring di katil bilikku lalu mencapai telefon di tepi bantal. Mata aku masih segar jadi aku nak overnight. Aku pun menonton youtube.
Selepas sekian lama, aku berhenti tengok youtube. Aku kerling jam di hujung skrin. 2 pagi.
Aku bangun lalu menuju je beranda. Nak ambil angin. Sambil-sambil tu layan perasaan sambil dengar lagu Exo Wolf.
Aku menguap. Haih, tetiba pula mengantuk. Aku menutup lagu tadi dan berlalu ke katil. Butang di kipas ditekan. Eh.. tak gerak pun.
Kipas ni memang. Selalu macam ni. Suka dok stuck. Kadang gerak, kadang tak.
Ah, mampus pi. Lani aku ngantuk. Nak tidur. Aku baring di katil. Tak lama kemudian, aku terlena.
*****
Malam esoknya.Aku sedang bermain telefon di bilik mak apabila mak pulang. Mak menghenyakkan punggung di sebelah aku.
"Jihyo.." mak bersuara. "..semalam tidur sini?"
"Tak, Jihyo tidur kat bilik Jihyo. Why?" Aku perasan riak muka mak berubah.
Mak kata semalam masa dia balik, dia nampak Jimin tidur sambil peluk seseorang. Nak kata ayah, tak mungkin sebab ayah balik lambat. Lagipun, badan ayah besar sikit. Yang mak aku nampak ni kecil ja.
Pastu, mak kata lagi yang orang Jimin peluk tu pakai baju hijau ala-ala askar. Padahal, semalam aku pakai baju Exo Wolf 88.
"Haha.. mungkin Jimin peluk bantal dakap dia." Aku cuba bertenang.
"Bantal peluk Jimin ada kat hujung katil." Ujar mak.
Aku dan Jimin terkedu.
*****
Haha.. i'm just wondering how did Jimin look when he was 13. Must be cute af.