-Minzy-
Hubungan aku dan appa menjadi renggang. Aku dan appa telah bergaduh besar malam tadi. Semuanya kerana aku pulang lewat. Appa sangat marah pada aku tambah-tambah lagi apabila dapat tahu aku keluar berduaan dengan Taeyang, kekasihku.
Pagi ini, appa mahu menghantar aku ke sekolah. Mungkin dia mahu meminta maaf daripada aku. Aku menolak ajakannya. Mukanya kelihatan sedih apabila aku menolak ajakannya.
Appa terus hilang di sebalik pintu. Seketika kemudian, aku terdengar deruman kereta appa. Appa sudah berlalu ke pejabat.
Aku tersenyum sinis. Semalam aku telah merosakkan brek kereta appa. Kalau aku mengikut appa, aku boleh mati bersamanya. Jadi, biarlah dia mati sorang-sorang.
Annyeong, appa.
