Piano

3.2K 271 7
                                    

Hai. Namaku Tzuyu. Aku ingin ceritakan satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan. Dulu, aku amat cintakan piano. Tapi selepas kejadian itu, aku menjadi fobia dengan piano.

Aku mula menyentuh piano pada usia seawal 4 tahun. Omma ialah cikgu muzik dan dia mahu salah seorang anaknya mewarisi kemahirannya dalam muzik. Dia lah yang mengajar aku bermain piano. Sekarang, aku sudah pandai bermain piano malahan aku boleh menghasilkan lagu sendiri.

Hari anugerah kecemerlangan hampir menjelang tiba. Aku ditugaskan oleh guruku untuk membuat persembahan piano pada hari tersebut. Aku pun bersetuju.

Pada petang itu, aku tidak terus pulang. Aku mula berlatih bermain piano. Di sekolahku terdapat sebuah bilik muzik jadi aku bercadang untuk berlatih di situ. Aku bercadang untuk memainkan lagu Beethoven. Sememangnya aku minat terhadap karya beliau. Beliau ialah pianist favourite aku.

Tanganku mula bergerak di atas kekunci piano dan memainkan lagu Beethoven, Fur Elise. Mataku dipejam dan kepala digoyangkan. Aku menikmati alunan muzik yang terhasil. Sedar tak sedar, masa sudah berlalu pantas. Aku berhenti dan mula mengemas barang.

Aku berlalu ke pintu dan keluar. Kemudian, aku mengunci pintu itu. Aku simpan kunci di dalam kocek baju dan berlalu pergi. Baru tiga langkah aku berjalan, aku terdengar sesuatu. Aku terdengar lagu Fur Elise dimainkan menggunakan piano.

Langkahku terhenti. Mataku membuntang. Bunyi itu datang dari bilik muzik. Aku pasti yang aku sudah mengunci bilik itu dan tiada siapa boleh memasukinya. Lagipun, sudah lewat petang. Semua pelajar dan guru sudah pulang.

Aku berpaling untuk melihat pintu itu. Ia masih berkunci. Dan alunan lagu Fur Elise masih berbunyi. Aku menjadi seram sejuk. Terus aku berpaling dan lari meninggalkan kawasan itu.

Sejak hari itu, aku fobia dengan piano. Aku juga tidak berani lalu di hadapan bilik muzik itu.

Creepypasta Where stories live. Discover now