Bangun malam

6.7K 618 3
                                    

Eunji dan Naeun rapat sejak mereka form 1 lagi. Mereka selalu bersama walaupun di mana sahaja. Cikgu dan kawan di sekolah arif dengan keakraban mereka yang bagai isi dengan kuku.

Satu malam ni, Eunji terasa nak ke tandas. Dia pun kejutkan Naeun untuk temankan dia ke tandas sebab dia takut nak pergi sorang-sorang.

"Naeun. Naeun. Jom teman aku pergi tandas." Dia menggoyangkan bahu Naeun.

Naeun menepis tangan Eunji. "Tak nak la. Ngantuk."

"Ala. Jomlah." Rayunya lagi.

"Esok je lah. Aku mengantuk ni."

"Naeun! Aku tak tahan ni. Please teman aku pergi tandas. Please."

Naeun bangun dari pembaringan. "Aish. Yalah. Yalah. Kacau ja orang nak tidur."

"Terima kasih, Naeun. Hehe.."
Mereka bergerak ke tangga untuk ke tingkat bawah sebab tandas berada di tingkat bawah.

Eunji memetik lampu tandas itu. Tak menyala. Dia cuba sekali lagi. Tetap sama.

"Naeun, aku rasa lampu ni rosak. Kita pergi tandas blok sebelah la."

Naeun hanya mengangguk. Dia mengikut langkah Eunji. Sesungguhnya dia rasa sangat mengantuk saat itu.

Mereka berhenti di hadapan tandas. Eunji memetik lampu dan ia menyala.

"Naeun, aku masuk dulu. Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana." Eunji berlalu ke dalam.

Naeun hanya menunggu. Sesekali, dia menguap.

Tunggu punya tunggu, 10 minit sudah berlalu. Eunji masih tak keluar lagi.

"Oit, lama lagi ke? Aku mengantuk ni." Eunji tidak menyahut. Naeun membuat kesimpulan yang Eunji sedang membuang air besar. Dia tunggu lagi.

20 minit berlalu. Naeun memandang pintu tandas itu. Tiada tanda-tanda yang Eunji bakal keluar.

"Wei, lama lagi ke, Eunji?" Tiada sahutan.

"Wei, cepatlah. Ngantuk ni" Tiada lagi.

Naeun mengetuk pintu itu. Pintu itu menjadi renggang sedikit. Naeun melihat ke dalam tandas itu. Tiada kelibat Eunji di situ. Tiba-tiba lampu terpadam.

Naeun terus lari meninggalkan kawasan itu. Dia menangis ketakutan.

Setelah siap di dorm, dia terus ke katil dan menangis lebih kuat. Dia menekup muka. Esakannya menyebabkan seseorang terjaga.

"Naeun. Kau okay?"

Naeun mengangkat mukanya. Kelihatan Eunji di hadapannya.

"Hei, kenapa kau nangis ni?" Eunji duduk di sebelah Naeun.

"Yah! Kenapa kau tinggal aku sorang-sorang kat tandas tadi? Tadi beria suruh aku teman. Last sekali kau yang tinggalkan aku."

Eunji menjadi pelik. "Bila masa pula aku pergi tandas dengan kau ni? Aku baru je terjaga lepas dengar kau menangis."

Naeun terkedu. Siapa yang dia teman pergi tandas tadi?

Creepypasta Where stories live. Discover now