Taehyung menguap buat kali kesepuluh. Perhimpunan pada pagi itu sangat membosankan. Dia tidak dapat memberi perhatian kepada setiap ucapan guru bertugas kecuali satu nasihat ini.
"Saya minta kerjasama pelajar semua untuk tidak ke tandas, makmal sains dan komputer, perpustakaan, bengkel dan bilik-bilik khas yang lain dengan seorang diri. Saya pasti kamu semua sedia tahu pasal hal ni kan?"
Ucapan guru bertugas itu terngiang-ngiang di telinga Taehyung. Dia hanya mengeluh kasar.
Dalam keluhannya dia berkata, "Haish... minggu ini pun tiada perbezaan, masih bermasalah lagi rupanya,"
Perhimpunan tamat selepas itu. Dan waktu pembelajaran berjalan seperti biasa hinggalah waktu rehat tiba. Taehyung sangat menantikan waktu rehat. Dia bercadang mahu ke perpustakaan untuk membaca. Dia kini sibuk mencari seorang kawan untuk menemani. Yalah, mana boleh pergi seorang diri kan?
"Won Shik, teman aku ke perpustakaan. Aku tak mahu makan," Taehyung terus menerpa Won Shik yang masih mengemas barangnya.
Won Shik sekadar mengangguk. Dan mereka bersama menuju ke perpustakaan yang berada di blok pentadbiran, di tingkat 3. Dan akhirnya mereka di tiba.
Taehyung berjalan mendahului Won Shik ketika masuk. Dia memerhati sekeliling perpustakaan. Sunyi. Tiada kelibat perpustakawan yang bertugas langsung?
"Asal sunyi sangat library ni, Won Shik?" Soal Taehyung seraya memandang ke belakang.
Won Shik kelihatan pucat dan berpeluh. Bibirnya terketar-ketar seperti ingin mengatakan sesuatu yang tidak terdaya. Matanya pula terbeliak seperti terlihat sesuatu yang aneh.
Taehyung yang pelik dengan kelakuan Won Shik lantas bertanya, "Hey kau kenapa ni?" Dia turut menampar-nampar pipi Won Shik. Sejuk!
"Itu... ada... perpustakawan... dan seseorang..." kata Won Shik dengan nada tidak tenang.
"Mana?!" Marah Taehyung kerana merasakan Won Shik mula merepek.
Won Shik terketar-ketar menuding ke suatu arah. Dan pantas Taehyung menoleh. Sebaik sahaja dia menoleh, Won Shik terjerit ketakutan serta meninggalkan Taehyung sendirian.
Won Shik sudah tidak sanggup menunggu lama lagi. Dia naik loya dengan apa yang dihatnya. Seorang perpustakawan perempuan, hatinya dibaham dengan rakus oleh satu makhluk yang menggerunkan. Makhluk itu sangat digeruni. Dia sangat kuat dan suka menyerang manusia tetapi dia lemah bila melihat manusia datang kepadanya lebih daripada satu. Hanya dua orang sudah memadai untuk buat dia takut. Dan perpustakawan ini mungkin diserang kerana biarkan dirinya bersendirian.
Taehyung membulatkan matanya melihat makhluk itu. Dia baru sedar kini dia tinggal seorang diri. Won Shik telah lari meninggalkannya. Habislah, makhluk itu akan membunuhnya!
Taehyung sudah mahu membuka langkah untuk berlari secepat mungkin tetapi makhkuk itu pantas menangkap lehernya. Dia mencekik leher Taehyung sekuat hati. Remaja lelaki itu berbatuk-batuk. Dia kian lemah apabila dirinya dijulang tinggi kerana kekuatan cekikan itu. Taehyung tidak dapat berbuat apa apa untuk melawan makhluk ini melainkan berdoa agar muncul seseorang untuk menemaninya.
Cekikan itu makin pedih. Makhluk itu berniat untuk membenamkan kuku tajamnya ke dalam leher Taehyung. Tetapi semua niatnya itu terbatal.
Taehyung dapat lihat makhluk itu seakan-akan terkejut. Makhluk itu pantas meleraikan cekikan pada leher Taehyung dan secepat mungkin dia melarikan diri.
Melihat makhluk itu lari, Taehyung tersenyum kemenangan dalam kepedihan. Dia tahu kenapa makhluk itu tiba-tiba melarikan diri. Mungkin ada seseorang sedang menemani Taehyung.
Taehyung mahu berterima kasih dengan orang yang menyelamatkan dirinya. Dia menoleh ke belakang.
"Oh terima kas-"
Ayatnya terhenti apabila tiada kelibat sesiapa pun. Taehyung mula pelik. Dia menjadi bertambah pelik apabila dia terjumpa sehelai bulu warna putih di atas lantai, di belakangnya.
Taehyung mencapai bulu putih yang bagaikan bulu pelepah sayap burung itu. Dia membelek dengan teliti sebelum menyoal dirinya,
"Siapakah?"