Lampu

3.7K 335 17
                                    

Cerita lampu ini mengisahkan tentang seorang perempuan. Mina namanya. Dia baru saja pulang dari rumah rakannya yang mengadakan sebuah parti di rumahnya.

Mina memandu keretanya membelah kepekatan malam. Radio dipasang untuk memecahkan kesunyian dalam kereta itu. Dia memandu dengan tenang sehinggalah ada sesuatu mengganggu konsentrasinya.

Mina mula perasan kereta di belakangnya asyik mengelipkan lampunya. Dia berfikir kereta itu mahu memotong keretanya. Lalu dia pun memandu mendekati bahu jalan untuk memberi laluan kepada kereta itu. Tapi, pemandu itu tidak memotongnya. Mina anggap mungkin pemandu itu tertekan butang lampu itu.

Mina kembali memandu dengan tenang. Tidak sampai 10 saat kemudian, lampu kereta berkelip lagi. Dia menjadi tidak keruan. Dadanya berdebar. Dia mula memandu selaju mungkin untuk lari dari kereta itu.

Sesekali matanya memandang ke arah cermin sisi pemandu. Kereta tadi masih mengekorinya dan lampunya masih berkelip. Lalu, Mina membuat keputusan untuk berhenti di sebuah balai polis. Dia terus meluru masuk ke dalam bangunan itu.

"Ya cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Pegawai itu bertanya.

"Tolong saya, encik. Ada lelaki gila mengekori saya."

Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk dan menghampiri Mina. Ianya pemandu itu tadi.

"Ha encik. Inilah lelaki gila tu." kata Mina ketakutan.

"Cik, dengar dulu penjelasan saya." kata lelaki itu.

"Encik, tangkap dia. Dia cuba mengapa-apakan saya." kata Mina.

"Cik, encik, itu semua hanya salah faham. Dengar dulu apa saya nak cakap." kata lelaki lagi.

"Tipu!"

"Cik sepatutnya bersyukur. Saya telah selamatkan cik. Sewaktu cik sedang memandu, saya nampak ada seorang lelaki di bahagian belakang kereta cik. Dia sedang memegang sebilah parang dan berura-ura untuk membunuh cik. Saya terus mengelipkan lampu. Lelaki terus menundukkan kepalanya. Setiap kali dia mengangkat parangnya, saya akan mengelipkan lampu supaya dia tidak berpeluang membunuh cik."

Creepypasta Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang