Told by a reader Kimminah1881
-Min Ah-
Aku terjaga dari lenaku apabila terdengar bunyi sebuah jam loceng. Tanganku tergagau mencari jam loceng tersebut lalu menghentikannya dari terus berbunyi.
Ianya jam loceng kepunyaan adikku, Hyeri. Walaupun keadaan bilik tidur aku gelap, namun aku dapat lihat jam loceng tersebut menunjukkan jam 5.45 pagi, dengan bantuan sumber cahaya dari lampu di sebuah bilik tidur yang terpasang.
Bilik tidur dengan lampu terpasang tersebut berhadapan dengan bilik tidur aku dan kakakku, Yura ini. Memandangkan kedua-dua pintu bilik dibuka, jadi cahaya lampu bilik tidur itu dapat menerangi serba sedikit bilik tidur perkongsian aku dan Yura yang kelam.
Aku merungut dalam hati kerana geram dengan sikap adikku, Hyeri yang suka meletakkan jam locengnya di bawah atau berdekatan dengan bantal tidurku. Hal ini menyebabkan aku terjaga dalam keadaan mengejut. Aku cuba melelapkan mata kembali kerana aku betul betul mengantuk. Jam loceng itu aku genggam supaya senang untuk aku hentikannya jika ia berbunyi lagi.
Di saat aku memejam mata, aku terasa seperti ada seseorang sedang berada berdekatan denganku. Ya, memang Yura berada berdekatan denganku memandangkan kami tidur sekatil namun, aku rasa seperti seseorang dari bilik lain sedang menuju ke bilik kami.
Aku laju membuka mata dan tekaanku tepat. Dalam samar-samar cahaya, aku dapat lihat adikku, Hyeri sedang berdiri di pintu bilik aku dan Yura yang sedia terbuka. Namun, aku tidak nampak wajahnya. Aku dapat lihat dirinya serba hitam. Walaupun aku sedang mamai, aku tahu itu Hyeri kerana garisan tubuh itu sangat mirip dengannya.
Daripada garisan tubuh itu, aku tahu Hyeri melepaskan rambut ikalnya hingga ke paras bahu. Kemudian, daripada garisan pemakaiannya, aku tahu Hyeri mengenakan pakaian tidur berlengan panjang dan seluar tidur panjang.
Aku juga dapat lihat Hyeri hanya tercegat di pintu bilik tidur aku dan Yura. Aku merasakan Hyeri datang ke sini dari bilik sebelah iaitu biliknya sendiri kerana terdengar deringan jam locengnya lalu ingin mengambil jam loceng itu bersamanya. Jadi, aku pun menghulurkan jam loceng tersebut kepadanya. Agak lama juga aku menunggunya untuk menyambut huluranku sehingga aku sendiri terlena kembali.
...
Aku dikejutkan oleh Yura untuk bersarapan pagi dan bersiap untuk aktiviti hujung minggu. Aku pun bangun lalu mengemas katil. Ketika aku menyusun bantal-bantal, aku terjumpa jam loceng adikku, Hyeri. Aku berasa sangat geram. Lalu, aku berlalu ke bilik Hyeri di sebelah. Kelihatan Hyeri sedang menyikat rambutnya.
"Kau tinggal jam loceng kau kat bilik aku lagi?" Soalku terus tanpa menyapanya dahulu.
"Oh ya sorry, waktu kau tidur tu, aku ada pergi bilik kau sebab nak sembang dengan Yura. Then, tertinggal pula hehe,"
"Tak guna kau, Hyeri. Aku dah hulur kat kau jam loceng kau, boleh pula kau tak ambik eii!!" Bebelku lalu meletakkan jam loceng itu di atas katilnya.
Hyeri mengerut dahi dan reaksinya jelas menggambarkan dia sedang kebingungan. Ah tak kisahlah reaksi apa yang dia nak buat, asalkan aku sudah lepaskan geram.
Aku kembali ke bilikku, meninggalkan Hyeri yang terpinga. Wajah Yura menyapa pandanganku.
"Apa yang bising-bising tadi tu?" Soal Yura.
"Hyeri lah! Dia kan suka tinggal jam loceng dia dekat bilik kita. Semalam, dia mesti sengaja letak jam loceng dia tu bawah bantal aku,"
"Itu takpa lah. Yang paling aku sakit hati ni, pada jam 5.45 pagi tadi, jam loceng tu berbunyi lepas tu dia ada datang bilik kita. Aku ingatkan dia nak ambik jam loceng tu tapi dia boleh tercegat kat pintu bilik kita kemudian berlalu macam tu ja," tambahku lagi.
Yura mengangguk faham pada mulanya namun, tiba-tiba dahinya berkerut.
"Wait, Hyeri datang bilik kita pada sekitar jam 5.45 pagi?"
Aku hanya mengangguk.
"Min Ah, setahu aku, Hyeri tu takkan terjaga punya kalau jam loceng dia berbunyi macam nak pecah sekalipun di tepi dia. Inikan pula kalau jam loceng tu berada di bilik lain. Tadi pun dia terjaga sebab aku kejutkan dia selepas aku mandi. Jadi aku tidak rasa yang Hyeri seorang yang sanggup korbankan tidur lenanya semata-mata untuk mencari jam locengnya."
Yura memberitahu lagi bahwa dia terjaga pada jam 6 dan mengejutkan Hyeri pada sekitar 6:30 pagi setelah siap berpakaian. Aku rasa ada betulnya apa yang Yura cakap. Tapi aku tidak puas hati kerana figura yang aku lihat itu sama miripnya seperti Hyeri.
"Tapi kan, aku yakin itu Hyeri. Walaupun aku tak nampak bahagian hadapan Hyeri yang menghadap aku sebab dia kelihatan serba hitam, tapi garisan tubuh dia tu macam Hyeri lah. Siapa tahu Hyeri tiba-tiba ada firasat untuk cari jam loceng dia. So, bila dia ada firasat tu, tak mustahil dia boleh bangun dan datang ke bilik kita,"
"Okay, kalau betul kau yakin Hyeri datang bilik kita, sekarang ni aku nak kau describe macam mana rupa dia yang kau nampak pada waktu tu,"
Yura bertutur dengan begitu serius dan itu membuat aku pelik dengannya. Tak da kerja ke tiba-tiba describe pasal orang.
"Mestilah dia lepaskan rambut dia yang berparas bahu tu. Dia pakai baju tidur lengan panjang dan seluar panjang. Dia berdiri di pintu bilik kita. Oh ya, waktu tu pintu bilik kita memang dah terbuka,"
"Pintu bilik tidur depan bilik kita ni pun terbuka. Lampu dalam bilik tidur tu kan selalu kita biar terbuka kan? Dari cahaya lampu bilik tu lah aku dapat lihat Hyeri walaupun samar-samar," tambahku lagi.
Reaksi Yura jelas menunjukkan dia terkejut. Dia tergamam seketika sebelum bersuara,
"Min Ah, kalau aku bagitahu kau ni jangan panik okay?"
Aku berkerut dahi kerana hairan dengan Yura. Tetapi kemudian, aku mengangguk.
"Semalam, kau tidur awal. Apa yang kau tak tahu tentang Hyeri, aku tahu, Min Ah. Hyeri tidur dengan rambut yang didandan satu semalam. Dia juga tidur dengan baju lengan pendek dan seluar pendek paras lutut. Panas katanya malam tadi. Aku tak tipu, MinAh. Aku tahu la macam mana rupa Hyeri semalam sebab aku tidur lewat. Rupa Hyeri yang sebenar dan Hyeri yang kau nampak sangat berbeza weh. Get it? So, I dont think it is the same person,"
Aku cuba ketawa walaupun aku mula berasa panik dan berpeluh sejuk ketika ini.
"Haha apalah kau Yura. Mungkin juga Hyeri memang tidur dengan berdandan satu. Tapi kau fikirlah, boleh ja kan kalau dia nak buka ikatan dandan dia tu bila dia tiba-tiba terjaga dari tidur,"
Yura menekup dahi. "Okay, dah tu macam mana dengan pakaian dia? Dia terjaga dari tidur lepas tu terus tukar baju dan seluar yang panjang ke? Then barulah datang ke bilik kita? Weh, tak da kerja pagi-pagi buta tukar baju dalam keadaan mamai,"
"Aku bukan nak takutkan kau tapi semalam, sebelum aku tidur aku tutup lampu bilik depan bilik kita. Sebagai ganti, aku buka lampu tangga hujung. Oh ya, sebelum tidur juga, aku tutup pintu bilik kita okay. Jadi aku tak rasa yang cerita kau tentang Hyeri ni masuk akal. Last, kau kata tadi kau dapat mengecam Hyeri melalui garisan tubuh dia sebab wajah dia dan lain kelihatan serba hitam je," Yura berhenti seketika.
"Weh, kalau betul tu Hyeri yang kau nampak, kenapa dia tetap kelihatan serba hitam padahal ada cahaya yang terang menyala ke arahnya walaupun dari belakang. At least, kau pasti berpeluang lihat wajah dia, warna atau corak baju dan seluar dia walaupun tak terang. Ni tak, everything on her just went dark and black. Whattta?? Ni dah serupa dengan lembaga!"
Kata-kata Yura betul-betul menusuk kalbu. Aku sudah tidak berdaya untuk ketawa lagi.
~~~~
Korang semua tau kan apa tu garisan tubuh? Tu macam outline kita la. Let say kau letak tangan kanan kau kat satu kertas, then kau guna tangan kiri kau yang free untuk lukis tangan kanan kau tu. Next, kau alihkan tangan kanan kau, as a result, terdapatlah outline tangan kanan kau atas kertas tu. Ada outline jalah, kuku dan kulit nampak? Tak. So di sini, Min Ah tu nampak outline Hyeri je, tak nampak yang lain.