"Dekat mana hyung?" tanya jimin sambil memakai seluar menggunakan satu tangan. Satu tangan lagi memegang telefon. Kawannya, Yoongi hyung mengajaknya berjumpa.
"Oh, dekat restoran yang selalu kita pergi tu? Okay, bagi saya 30 minit. Bye." Jimin menamatkan talian.
Dia mula bergerak pantas. Dia tidak peduli barang yang jatuh akibat langgarannya. Kunci kereta di atas meja dicapai.
Jimin melihat rumahnya buat kali terakhir sebelum keluar. Dia menggeleng kepala apabila menyedari yang rumahnya berselerak.
"Nanti balik la aku kemas. Sekarang ni dah lambat." Dia berlalu pergi.
Jimin pulang lewat malam selepas berjumpa dengan Yoongi hyung. Dia masuk ke dalam rumah dan mula menyising lengan bajunya untuk mengemas rumah. Namun, dia mendapati rumahnya kemas seperti sediakala. Tiada lagi baju kotor di atas lantai. Barang yang jatuh terletak elok di tempatnya.
Dia tergamam. Apa yang telah berlaku?
Jimin menggaru kepala. Dia berlalu ke biliknya. Dia terpandang ke arah dinding. Terdapat tulisan berwarna merah. Perlahan-lahan dia membaca tulisan itu.
'Hai, saya dah kemas rumah awak. Marilah bermain dengan saya. Duduk lama di bawah katil awak membuatkan saya bosan.'