Nama aku Nana. Kat rumah aku ada seorang orang gaji. Makcik Eunjung namanya. Makcik Eunjung masak sedap.
Aku rapat dengan Makcik Eunjung sebab omma dan appa selalu bekerja dan tinggalkan aku. Setiap malam aku akan tidur dengan Makcik Eunjung. Jadi, aku sudah anggap dia macam omma aku.
Tapi, masa aku umur 12 tahun appa hantar pergi England untuk 5 tahun lamanya. Selepas 5 tahun, aku balik rumah. Makcik Eunjung sambut kedatanganku. Aku peluk dia ketat-ketat.
Kemudian, kami berlalu ke dapur sebab Makcik Eunjung nak masak. Aku pun rindu masakan dia.
Tiba-tiba, telefon berbunyi menandakan ada satu mesej baru masuk. Aku berlalu ke ruang tamu dan membaca mesej itu.
Nana, kamu masak la sendiri. Sorry, omma tak sempat masak untuk kamu.
-Omma-Makcik Eunjung kan ada. Dia boleh masak.
-Nana-Nana, Makcik Eunjung dah meninggal 2 tahun lepas
-Omma-Gulp!
Aku menelan liur. Aku memandang ke arah Makcik Eunjung yang sedang rancak memasak.