Jooheon pulang lewat ke rumahnya. Selepas tamat waktu pejabat, dia keluar lepak dengan kawan lama.
Dia tinggal di sebuah pangsapuri dan rumahnya berada di tingkat 5. Masa perjalanan ke lif, Jooheon terasa seperti diikut dari belakang. Dia menoleh dan tiada siapa di belakang.
Pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam. Apabila pintu lif sudah tertutup, Jooheon terdengar suara di belakang.
"Awak cari saya ke?"
