Bridge construction

1.7K 112 1
                                    

Semasa aku muda, aku pernah bekerja sebagai pekerja binaan. Suatu hari, aku dan pekerja yang lain dibawa ke kawasan binaan. Pada masa itu, hari sudah malam. Aku ditugaskan memasang spotlight yang disambung ke generator.

Sementara pekerja lain membuat kerja, aku mengambil kesempatan untuk berehat kerana kerja aku sudah selesai. Sedang aku melayan perasaan, aku terdengar satu teriakan.

"Pasang lampu, gelap ni!"

Aku pun bergegas mengisi minyak ke dalam generator. Namun, aku sedikit pelik kerana aku baru saja mengisi minyak setengah jam yang lalu. Selesai semuanya, aku mengalihkan pandangan ke arah jalan raya. Aku terlihat sekujur tubuh yang terbaring. Aku fikir dia dilanggar kereta lalu aku menerpa ke arahnya.

Dia masih lagi hidup. Cuma, badannya mengigil dan giginya berlaga. Dia tidak mampu bersuara. Aku memanggil pekerja binaan yang lain. Mereka selimutkan badannya dan memberinya teh panas. Beberapa minit kemudian, nafasnya teratur dan dia mampu bersuara.

Katanya, dia lah yang menjerit menyuruh aku memasang lampu. Selepas lampu kembali normal, dia ingin menyambung kerjanya sebelum matanya menangkap sesuatu yang terapung. Dengan bantuan cahaya bulan dan lampu spotlight, dia dapat melihat yang ia ialah kepala seorang perempuan yang tersenyum ke arahnya.

Creepypasta Where stories live. Discover now