Suami

4.3K 390 21
                                    

Yuri sudahpun berkahwin lima tahun dengan suaminya dan dikurniakan seorang anak. Dia bersyukur kerana diberi suami dan anak yang baik.

Satu hari suaminya outstation dan perlu pergi meninggalkan Yuri dan anaknya. Selepas seminggu, suaminya pulang dan Yuri menyambutnya dengan gembira. Dia masak makanan yang sedap-sedap dan makan bersama suami dan anaknya.

Selesai makan, Yuri pergi dapur meninggalkan suami dan anaknya di ruang tamu. Dia mula mencuci pinggan kotor. Tiba-tiba telefonnya di dalam kocek apron berbunyi. Dia mengambilnya.

Husband is calling...

Dia tersenyum melihat nama pemanggil. Dia fikir suaminya ingin bermanja dengannya. Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, Yuri menjawab panggilan itu.

"Abang. Kenapa call?"

"Hai, sayang. Abang ni. Sorry. Abang lambat balik sikit. Bye. Take care. I love you."

Suaminya menamatkan talian itu. Yuri tergamam. Dia pergi menjenguk ke arah ruang tamu. Kelihatan suaminya dan anaknya mesti di situ. Bermain dan bergurau senda.

Creepypasta Where stories live. Discover now