Sungyeol melonggarkan simpulan tali lehernya. Dia duduk di kerusi di dalam biliknya. Dia baru sahaja balik dari meeting dengan CEO syarikat Bts. Tak sangka pukul 11 malam baru habis. Dia mengeluh letih.
Lima minit kemudian, dia bangun dan melangkah ke bilik air. Dia mahu mandi. Badannya berasa melekit dan berlengas. Dia berdiri di bawah pancuran air dan membiarkan air itu mengalir turun ke badannya.
Selepas mandi, dia ke singki untuk mencuci mukanya pula. Pencuci muka itu disapu ke muka dan mukanya diuli. Kemudian, dia membasuh mukanya. Tangannya menggagau mencari tuala.
Mana tuala ni?
Tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan tuala kepadanya. Lalu, dia pun mengambil tuala itu.
"Terima kasih." Katanya sambil mengelap muka. Sesaat kemudian dia tergamam. Hanya dia seorang sahaja dalam bilik itu. Jadi, siapa yang bagi tuala tu?
Pantas dia mengangkat muka dan semata-mata matanya terbuntang. Benda itu menjegil mata ke arahnya.
"Arrhhh..."
Sungyeol terus berlari ke pintu untuk keluar dari sini. Dia memulas tombol tapi ianya tidak terbuka.
"Tolong! Tolong!" Dia masih memulas tombol itu. Bunyi hilaian di belakangnya membuat dia lemah lutut. Dia menoleh. Benda itu dekat dengannya. Dia jatuh terduduk.
"Mak, tolong. Huwaa.. hantu! Takut!!"Tangannya mengetuk pintu pula. Hilaian itu bunyi lagi. Akibat ketakutan, dia pengsan tak sedarkan diri.
