Empat Sembilan

4.3K 343 29
                                    

Ingatkah anda tentang misteri dan mitos angka 13? Kepercayaan yang begitu menular di dunia barat sehingga ada yang mempercayainya sebagai nombor sial atau malang. Kalau di barat, alamat 13 sengaja ditinggalkan atau dinamakan 12b.

Namun sebaliknya ianya tidaklah menjadi kesialan kepada masyarakat Jepun. Di Jepun, nombor 4 dan 9 dianggap nombor atau angka sial dalam kalangan masyarakat Jepun kerana sebutan 4 sama dengan kata untuk kematian (shi). Manakala nombor 9 disebut ku yang bermaksud kesengsaraan.

Oleh itu, orang tidak boleh membuat hadiah atau apa-apa saja yang mempunyai bilangan atau kuatiti 4 dan 9.

Di Jepun ada beberapa hospital dan hotel di mana bilik bernombor 4 dan 9 tidak diwujudkan ataupun dinamakan dengan nama lain. Contohnya, bilik nombor 4 dinamakan 3b, 3-2 dan sebagainya.

Creepypasta Where stories live. Discover now