Gelang

4K 370 43
                                    

Di Korea, terdapat peraturan yang dilaksanakan di semua hospital. Ketika pesakit masih hidup, gelang berwarna putih diikatkan di lengan kanan mereka. Gelang itu mengandungi nama pesakit serta informasi lain tentangnya. Namun selepas sahaja pesakit meninggal, gelang itu dikeluarkan dan digantikan dengan gelang merah yang diikatkan di lengan kiri sebelum jenazahnya dibawa ke bilik mayat.

Kisah ini terjadi pada seorang doktor yang sedang bekerja shift malam di sebuah hospital. Doktor Seokjin namanya.

Doktor Seokjin baru sahaja menyelesaikan shift malamnya pada pukul 2 pagi dan berasa sangat penat. Hospital itu sunyi sepi. Pasti semua pesakit sedang tidur dan ada juga doktor telah pulang.

Dia masuk ke dalam lif untuk turun dari tingkat lima untuk ke basement, di mana keretanya diletakkan. Di dalam lif ada seorang wanita tua.

Doktor Seokjin berdiri di sebelah wanita tua itu, yang nampaknya juga ingin turun di basement.

Apabila lif mereka berhenti di basement, pintu lif terbuka dan terdapat seorang lelaki berpakaian putih. Wanita yang tadi hendak keluar dari lif.

Doktor Seokjin melihat sesuatu di tangan lelaki itu. Segera dia menarik wanita yang tadi bersamanya kembali masuk ke dalam lift. Dengan panik dia menekan tombol ke tingkat lima dan pintu lift pun tertutup.

"Hei, kenapa awak tarik saya?" wanita itu marah kerana doktor muda itu menariknya masuk kembali.

"Cik beruntung sebab saya tadi tidak membiarkan cik keluar." kata doktor itu. "Cik tak nampak, dekat tangan kiri lelaki tadi ada gelang merah? Maknanya dia sudah meninggal!"

"Gelang merah?" tanya wanita itu sambil menunjukkan tangan kirinya.

"Maksud awak seperti ni?"

Creepypasta Where stories live. Discover now