Namaku Eunwoo. Aku ada satu tabiat yang aku tak boleh elak darinya. Tabiat ini bermula sejak aku berusia 5 tahun.
Aku selalu sleepwalking. Contohnya, jika aku bermimpi yang aku turun ke dapur untuk minum air, maka esoknya aku akan dapati yang aku berbaring di lantai dapur bersama botol air di sebelah.
Jika aku bermimpi yang aku berjalan ke luar rumah, maka esoknya aku akan berada di depan pintu rumah. Perkara ini membuatkan ibubapaku risau. Mereka takut aku akan buat benda yang bukan-bukan semasa aku tidur.
Aku pernah diikat di katil semasa aku berumur 8 tahun untuk mengelakkan aku sleepwalking. Tapi, sia-sia saja. Keesokkan paginya, aku telahpun berada di atas jalan tar di depan rumahku.
Lama-kelamaan, aku sudah biasa dengan tabiat tidurku ini.
~~~
Suatu malam, aku tidur di katil seperti biasa. Lampu dipadam. Aku menarik selimut sehingga ke paras hidungku.
Keesokkan paginya, aku bangun dari tidur. Aku terkejut kerana aku berada di bilik omma dan appa. Aku memandang ke arah mereka.
Oh no! Mereka bermandikan darah. Aku memandang ke arah tanganku. Aku sedang memegang sebilah pisau. Ada terpalit darah di atasnya.
Aigoo, aku sleepwalking lagi!