"Awak ada nampak anak saya?" Tanya seorang wanita, cemas. Dia sedang mencari anaknya, Taeyong. Orang itu hanya menggeleng.
Wanita itu pergi kepada seorang lelaki. "Awak nampak anak saya?"
"Tidak. Saya belum melihatnya lagi hari ni."
Wanita itu resah. Matanya meliar mencari anaknya. Dia berlari kepada seorang pegawai polis.
"Tolong.. beritahu di mana anak saya.." katanya, ketakutan.
"Kami belum menemuinya. Tapi, kami akan berusaha mencari. Puan jangan risau."
Wanita terus menangis teresak-esak. Dia berlari ke hujung jalan sambil meramas rambutnya. "Di mana anak saya."
Para jiran berasa sedih dengan wanita itu. Mereka berusaha mencari anak dia. Namun, sia-sia saja kerana mereka tidak menemuinya.
"TAEYONG!! MANA KAMU, NAK!! MUNCULLAH.. IBU MOHON.."
Selepas beberapa hari, wanita pergi ke balai polis untuk bertanya perihal anaknya.
"Encik, bagaimana dengan anak saya? Di mana dia?"
Polis hanya menggeleng. Terus wanita itu menangis dan berlalu pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, wanita itu masuk dan mengunci pintu. Dia tersenyum menyeringai.
"Nampaknya aku telah sorokkan mayatnya dengan baik."