Komputer

5.1K 413 17
                                    

Ini sambungan cerita Mesin Penimbang. Enjoy!
-
Sebaik sahaja melangkah ke dalam makmal komputer, Jae Hwan terus mengambil tempat di hadapan sebuah komputer di meja yang paling belakang.

Jae Hwan sangat pintar dalam hal-hal komputer. Dan hari ni dia ditugaskan untuk membuat satu poster untuk majalah sekolahnya. Memandangkan dia tidak lapar, dia pergi menyiapkan tugasnya ketika waktu rehat kedua berlangsung.Dan kebetulan ketika itu adalah waktu rehat, mestilah semua pelajar ke kantin dan hanya Jae Hwan di makmal komputer.

Jae Hwan mula mengedit. Suasana sunyi dan hanya kedengaran papan kekunci komputernya sahaja berbunyi.

Dan tiba-tiba...

Skrin komputer meja itu terpadam. Jae Hwan sangat terkejut ketika itu. Dan dia bertambah terkejut kerana pada masa yang sama, komputer-komputer di meja-meja lain tiba tiba menyala. Tanpa ada orang yang menghidupkannya.

Jae Hwan bergerak ke meja komputer di sebelah yang menyala. Dia mahu melihat apa yang berlaku. Tetikus komputer itu mula bergerak tanpa ada tangan yang menyentuhnya. Jae Hwan menelan liur melihat keadaan itu.

Matanya tertumpu pada skrin. Tetikus itu digerakkan lalu menekan aplikasi Microsoft word. Semua komputer yang menyala juga menekan aplikasi yang sama. Tanpa ada orang yang menekannya...

Jae Hwan mula gerun tetapi dia memberanikan dirinya untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Papan kekunci mula berbunyi. Seperti ada orang sedang menaip. Jae Hwan merapatkan wajahnya ke skrin komputer untuk melihat perkataan yang ditulis oleh makhluk yang tidak kelihatan.

"Ayah... ayah... ayah... ayah... ayah.. ayah... ayah... ayah..."

Alangkah terkejutnya Jae Hwan. Dia menjauhkan dirinya dari skrin itu. Dia memerhati skrin komputer yang lain. Semua sedang melakukan hal yang sama! Menaip perkataan yang sama!

"Ayah... ayah... ayah... ayah... Kenapa ayah buang saya? Kenapa ayah buang saya? Kenapa ayah buang saya?"

Jae Hwan pantas menutup telinganya. Dia tidak sanggup mendengar bunyi papan kekunci ditekan banyak-banyak kali dan serentak pula. Ia bergema di seluruh sudut makmal ni.

"Huargh diamlah!!!" Jeritnya kerana sudah tidak tahan.

Sebaik sahaja Jae Hwan menjerit, komputer-komputer tersebut terpadam dengan sendiri. Dan suasana sunyi kembali. Jae Hwan membuka matanya. Dia mengeluh lega apabila semua sudah kembali normal. Dia mula melangkah ke meja komputernya yang asal. Skrin komputer itu mula menyala kembali dan Jae Hwan menyambung kerjanya yang tergendala.

Ketika menaip tiba-tiba kaki Jae Hwan terasa dipeluk. Pelukan itu sangat ketat sehingga Jae Hwan berasa tidak selesa. Dia pantas memandang ke bawah.

"Ayah... kenapa ayah buang saya?" Seorang bayi lelaki yang berlumuran darah sedang memeluk kakinya.

"Argghh!!!" Jerit Jae Hwan ketakutan. Dia pantas menendang-nendang kakinya agar bayi lelaki itu terlepas dari terus memeluknya.

Namun lain pula yang jadi. Bayi itu tidak terkesan pun dengan tendangan Jae Hwan. Dia mengesot dan merangkak ke atas kaki Jae Hwan sehingga dia tiba di perut Jae Hwan.

Jae Hwan mula gelisah. Mindanya mula memikirkan perkara-perkara tak baik.

Bayi itu mula merangkak lagi. Dari perut Jae Hwan, dia naik ke atas bahu lelaki itu. Dia meletakkan kaki kanannya di bahu kanan Jae Hwan dan kaki kirinya di bahu kiri Jae Hwan.

Sebaik sahaja dia berada dalam keadaan itu, tiba tiba Jae Hwan merasakan bayi itu semakin berat. Sehinggakan bahunya menjadi lenguh.

Kaki bayi itu mula memanjang. Tangannya juga. Serta rambutnya. Tangannya yang sudah memanjang itu memeluk mesra leher Jae Hwan.

"Papa, rindu papa..." dia berbisik ke telinga Jae Hwan dengan manja.

"Oit asal kau tiba-tiba berat hah? Dan lagi satu aku bukan ayah kau lah! Turun, aku kata turun!" Marah Jae Hwan.

"Ya memang awak bukan ayah saya... sebab awak tu kekasih saya..."

Jae Hwan terkedu. Bila masa pula dia bercinta dengan seorang bayi?? Jae hwan memberanikan dirinya untuk mendongak.

"Awak..." sapa seseorang yang mengaku dia lah kekasih Jae Hwan tadi apabila pandangan mereka bertaut.

"Arghhhhhh!!!!" Jerit Jae Hwan sepuas hati.

Bayi lelaki tadi sudah bertukar rupa. Menjadi seorang perempuan... ibunya mungkin?

Creepypasta Where stories live. Discover now