Waktu cuti memang waktu yang dinantikan. Begitu juga dengan Vernon. Dia bercadang untuk balik ke rumah ibubapanya.
Dia memandu keretanya. Dalam perjalanan ke sana, dia harus melalui sebuah terowong. Keadaan terowong itu sangat gelap sehingga dia tak dapat melihat apa-apa. Tiada lampu di dalamnya.
Vernon berharap dia dapat melalui terowong itu dengan selamat. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu.
BAM!
BAM!
BAM!
Kedengaran seperti puluhan tapak tangan menghentam keretanya. Vernon menjadi panik. Dia terus memecut keretanya dari situ.
Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Matanya terarah ke cermin. Terdapat banyak kesan tapak tangan di situ. Dengan muka yang pucat, dia keluar dari keretanya.
Vernon membuka jaketnya dan mengelap cermin itu. Tetapi kesan itu tidak hilang. Lalu dia memandu kereta ke carwash dan meminta pekerja di situ menanggalkan kesan tangan itu.
Beberapa minit kemudian, pekerja itu datang menghampiri Vernon.
"Bagaimana? Keluar tak?"
"Maaf, encik. Kami tak dapat menanggalnya dari luar."
"Huh? Kenapa?" Tanyanya, hairan.
"Kerana kesan tapak tangan itu berasal dari dalam."