Kihyun dimarahi lagi oleh cikgu addmath sebab tak siapkan latihan yang diberikan.
"Kenapa awak tak siapkan latihan yang saya bagi?" Tanya Cikgu Hyungdon.
"Saya tak faham macam nak buat latihan tu. Saya dah refer formula yang cikgu bagi dan cuba buat, tapi still tak faham."
"Nah, ambil balik buku latihan awak. Saya nak nanti awak balik dan siapkan latihan itu. Saya tak kisah awak nak tidur pukul tiga empat pagi, yang penting esok buku ni ada atas meja saya. Saya nak tengok. Faham?"
Kihyun mengangguk. "Faham, cikgu."
Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Kihyun terus pulang ke dorm dan mula membuat kerja sekolah.
Sedang ralit melakukan kerja, bahunya ditepuk seseorang. Kihyun menoleh. Kawannya, Hyungwon dan Minhyuk tersengih ke arahnya.
"Korang nak apa?" Tanya Kihyun sambil menyambung kerjanya.
"Jom lah, kita pergi makan malam. Hari ni makcik kantin tu masak menu favourite kau." Ajak Minhyuk.
"Ah, malaslah. Lagipun aku ada banyak kerja sekolah hari ni. Biologi kena buat nota. Addmath kena buat latihan. Pastu, English kena buat esei. Tu belum campur yang lain-lain lagi. Ah, stres."
"Ala, relax la. Kita pergi makan dulu. Kejap lagi waktu prep sambunglah buat." Hyungwon berkata.
"Hmm.. okaylah." Kihyun mula mengemas bukunya. "Jom."
Mereka bertiga berlalu ke dewan makan. Selesai makan, mereka terus ke bilik prep. Kihyun mengambil tempat yang jauh sedikit dari orang lain. Dia mahu ketenangan. Kalau dia duduk semeja dengan kawannya yang lain, memang tak jadi kerja lah jawabnya.
Kihyun mengeluarkan mp3 dan earphone dari kocek seluar. Dia menyumbat earphone ke dalam telinga dan mula melakukan kerja.
Dia begitu tekun melakukan kerja sehingga tidak sedar ada orang duduk di sebelahnya. Kihyun hanya membiarkan. Ah, biarlah. Mungkin Hyungwon atau Minhyuk.
Tiba di latihan soalan addmath, dia mula menggaru kepala. Dia mencabut earphone dari telinga.
"Wey, soalan ni macam mana buat? Aku lupa lah." Kihyun bertanya kepada orang sebelah.
"Oh... macam ni. Kau kena buat macam ni. Pastu macam ni pulak. Last sekali, macam ni." Katanya.
"Oo..." Pen di tangan Kihyun tiba-tiba terlepas.
"Oit, terjatuh pulak pen ni." Dia tunduk untuk mencapai pennya. Dia terpandang kerusi di sebelah.
Dia menelan liur. Orang di sebelah tiada kaki!
Kihyun duduk tegak semula. "Wey, aku balik dorm dulu. Aku dah faham apa yang kau ajar. Thanks sebab ajar aku."
Dia mula mengemas barang di atas meja. Tangannya mula bergerak pantas mengumpul semua peralatan. Tapi, pergerakannya terhenti apabila 'orang' itu bertanya.
"Dah faham ke dah tahu?"
Kihyun tidak ambil pusing. Dia terus beredar. Sejak hari tu, dia tidak study sorang-sorang lagi.
