Hari sudahpun malam. Jarum jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Taeyeon masih berada di pejabat. Dia perlu menyiapkan kerja kerana dia perlu menghantarkannya kepada bos.
Taeyeon berlalu ke mesin photostat. Dia perlu membuat satu salinan kertas. Setelah selesai, dia kembali ke mejanya dan menyambung kerja.
Sedang dia ralit bekerja, dia terdengar bunyi macam bunyi mesin photostat. Dia mendengar lagi. Ya, memang betul. Itu bunyi mesin photostat.
Taeyeon pelik. Seingat dia, dia sudah menutup suis mesin itu. Dia pergi ke arah mesin itu dan mematikannya. Dia berpaling ke belakang untuk ke tempatnya.
Belum sempat melangkah, dia terdengar bunyi mesin photostat itu lagi. Taeyeon membulatkan matanya. Dia pusing dan melihat mesin itu memang menyala.
Dia berasa seram sejuk. Dia berlalu ke mesin itu dan ternampak sehelai kertas dan ada tulisan di atasnya.
Tolong aku...
Tiba-tiba ada angin yang sejuk lalu di belakangnya menyebabkannya meremang bulu roma. Taeyeon berlari ke arah pintu untuk keluar dari bilik itu.
BANG!!!
Pintu itu tertutup. Taeyeon memulas tombol pintu itu. Cis, tak guna. Ia terkunci! Taeyeon terkunci dari dalam.
Penat memulas tombol, dia mengetuk pintu itu dengan harapan ada yang mendengar. Tapi, itu tidak. Sekarang sudahpun 12.30 malam. Semua orang sudah pulang ke rumah.
Taeyeon putus harapan. Dia duduk bersandar di pintu. Dia menangis. Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu.
"Tolong aku... tolong aku..."
Dia memandang seluruh bilik itu. Tiada siapa pun. Dia memeluk lututnya.
"Tolong, lepaskan aku. Pergi dari sini. Jangan ganggu aku. Tolong." rayu Taeyeon.
"Tolong aku... tolong aku..." kata suara itu lagi.
Tiba-tiba ada satu entiti muncul di hadapan Taeyeon. Taeyeon menjerit ketakutan. Dia menangis lebih deras.
Entiti itu berambut panjang dan bermuka pucat. Dia mendekati Taeyeon. Taeyeon menundukkan kepalanya.
"Tolong pergi. Jangan kacau aku."
"Tolong aku... tolong aku..." kata entiti itu.
Taeyeon mengangkat mukanya perlahan-lahan. Entiti itu terlalu dekat dengannya.
"To.. tolong a...ap..apa?"
Entiti itu menunding jari ke arah dinding berdekatan mesin photostat. "Bebaskan aku." Entiti itu menghilang.
Esoknya, mereka memanggil orang untuk memecahkan dinding berdekatan mesin photostat itu. Mereka menemui sekujur mayat di dalam dinding itu.
Bila disiasat, mayat itu milik Raina. Raina dipercayai dirogol oleh bosnya.
Semasa itu, dia sedang membuat salinan di mesin photostat itu. Bosnya datang belakang dan mula merabanya dan merogolnya. Selepas dirogol, bosnya membunuhnya dan menanamnya di dalam dinding kerana takut ditangkap oleh pihak polis.