Chapter 1 - Yourself

3.1K 191 2
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah

Pagi itu bunyi loceng mengejutkan pagi Hae Ji yang indah.

'Indah'?

Bagi Hae Ji semua itu tidak indah baginya kerana dia menganggap dunia ini sangat kejam dan ingin cuba membunuhnya.

Ya itulah diri Hae Ji seorang gadis berumur 20 tahun yang cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan dirinya dalam kegelapan supaya semua manusia di muka bumi ini tidak akan pernah menjumpai dirinya.

Dia merasakan dirinya telah musnah dan tidak mempunyai apa-apa lagi yang perlu dia miliki.

Semua kepercayaan Hae Ji telah hilang begitu sahaja kerana telah diragut oleh seorang lelaki yang Hae Ji amat percayai.

Ji Kyung, abang angkatnya yang selalu bersama Hae Ji sejak dari sekolah menengah lagi.

Ji Kyung yang disangka Hae Ji seorang yang baik, penyayang dan juga mengambil berat tentang dirinya selama ini hanya penipuan semata-mata setelah Ji Kyung memuaskan nafsunya pada Hae Ji dan menyebabkan Hae Ji hilang mahkotanya yang sangat berharga bagi seorang wanita.

Hae Ji mempunyai suatu tarikan yang sangat menarik pada dirinya yang membolehkan semua lelaki tergilakannya.

Shin Hae Ji seorang yang sangat cantik dari paras rupanya dan mempunyai susuk tubuh yang munggil dan seksi persis seorang model majalah.

Kerana kejadian tersebut Hae Ji berubah seratus peratus menjadi seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk ibu bapanya sendiri.

Hae Ji telah hilang semua perasaan yang ada dalam dirinya. Marah, benci, suka, gembira, sedih atau lebih lagi 'cinta' semua itu tidak pernah wujud lagi dalam diri Hae Ji.

Diri Hae Ji kini mengalami kemurungan yang sudah lama akibat masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Tok... tok... tok...

Bunyi pintu yang diketuk kedengaran dan menyebabkan lamunan Hae Ji terhenti.

Dia ternampak susuk tubuh ibunya dengan muka yang berseri seperti biasa memasuki perkarangan biliknya.

Puan Shin mendekati anak perempuan tunggalnya yang sedang bersandar di kepala katil. Puan Shin duduk di birai katil lalu mengusap rambut anak perempuannya.

Setitis demi setitis air mata seorang ibu jatuh ke pipi.. Puan Shin berasa sangat kesian melihat diri anaknya yang kini kemurungan dan pada masa yang sama, selalu mencuba untuk membunuh diri.

"Jiji nanti turun bawah ya kita makan sama-sama. Ohh! sebelum tu Jiji bersihkan diri dulu lepas tu pakai cantik-cantik." pinta ibunya bernada lembut.

Hae Ji hanya mendiamkan diri lalu mengangguk perlahan kepalanya tanda dia memahami maksud ibunya.

Jiji nama panggilan yang sudah diberikan oleh ibu bapanya sejak dia kecil lagi.

(HAE JI)

Aku tak tahu kenapa setiap kali omma memandang ku mesti dia akan menangis dan yang paling membuat aku pelik, aku tak pernah rasa sikit pun kasihan tengok omma nangis disebabkan aku sendiri.

Perasaan aku kosong tak macam orang lain yang punyai pelbagai perasaan.

Aku nak sangat lupa masa silam aku tapi setiap kali aku cuba untuk buang benda tu makin dia menghantui hidup aku. Benda tu dah macam tersimpan rapi dalam memori kepala ku.

Aku terus bangkit dari katil untuk membersihkan diri ku.

Setelah membersihkan diri, aku terus melangkah menuruni tangga untuk bersarapan.

Aku melihat omma dan appa sudah duduk elok sambil menunggu kedatangan aku.

Aku menarik kerusi untuk aku duduk tanpa sepatah kata.

Appa mengucapkan selamat pagi pada ku sambil tersenyum memandang anak perempuannya tapi aku hanya mendiamkan diri.

Aku tak tahu kenapa susah sangat untuk aku senyum pada orang tua ku. Mungkin sebab senyuman ku sudah lama terhapus dari bibir aku

"Jiji tak ingin ker nak sambung belajar? Dah 2 tahun jugak Jiji terperap dalam bilik tu" appa menanyakan soalan yang sama setiap hari.

Aku tak rasa muak ataupun marah bila ditanya soalan yang sama pada setiap masa.

Mungkin aku dah tak punyai apa-apa perasaan lagi. Mungkin orang lain dah muak dan marah jika setiap kali ditanya soalan yang sama.

Aku hanya mengeleng kepala sambil menundukkan kepala ku memandang pehaku yang cukup putih.

Aku tak pasti sama ada dengan mengeleng kepala tu untuk jawapan tak nak ataupun tak tahu.

"Jiji lepas makan ni boleh tak temankan omma pergi beli barang dapur?"

Bersambung



Okay firstly thank you yang sudi baca this fanfic, vote, comment and support.. author hargai sangat ❤


Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now