Chapter 34 - Bad Dream

822 93 1
                                    

Hae Ji menutup buku rujukannya setelah selesai sahaja mengulangkaji untuk peperiksaan yang akan datang. Tiba-tiba dia terdengar seseorang mengetuk pintu kaca di balkoni biliknya.

"Oppa!" jerit Hae Ji sedikit perlahan. Dia tidak menyangka
Ji Kyung akan datang ke rumahnya pada waktu sebegini

11.45 p.m.

Dia berdiri dari tempat duduknya lalu dia membuka pintu kaca itu bagi memberi laluan untuk
Ji Kyung masuk. Ji Kyung membuka hoodie yang tersemat di atas kepalanya lalu melemparkan satu senyuman pada gadis di hadapannya.

"Oppa buat apa datang rumah Hae Ji waktu macam ni?" soal Hae Ji sambil mempelawa Ji Kyung duduk di birai katil bersebelahannya.

"Rindu." itu sahaja balasan
Ji Kyung untuk soalan Hae Ji. Matanya tidak lepas memandang mata bundar gadis itu sambil senyumannya tidak lekang dari bibirnya.

"Kalau rindu, oppa boleh je call Hae Ji" balas Hae Ji lalu dia menyandarkan kepalanya pada bahu sasa lelaki itu.

"Tak nak. Oppa nak lepaskan rindu dengan tengok muka Hae Ji sendiri buat kali terakhir." setiap satu per satu perkataan yang terbit dari bibir
Ji Kyung mampu membuatkan Hae Ji berasa sungguh bahagia.

"Kali terakhir? Maksud oppa?" soal Hae Ji lalu menarik semula kepalanya supaya dia boleh melihat wajah kekasih hatinya. Tetapi Ji Kyung hanya tersenyum lalu memeluk tubuh kecil gadis itu.

"Sorry Hae Ji." ujar Ji Kyung lalu mencekik leher Hae Ji dengan kuat.

Hae Ji terbangun mengejut daripada mimpinya itu. Peluh yang mengalir di dahinya dikesat perlahan. Dia cuba menenangkan hatinya; yang sekarang seperti ingin luluh jantungnya.

"Sorry Hae Ji."

Hae Ji memejamkan matanya sambil menggeleng perlahan kepalanya bagi menghilangkan kata-kata itu dari pendengarannya. Dia memegang batang lehernya apabila dia merasa seolah-olah cekikkan tersebut seperti benar berlaku.

Dia turun dari katil dan ingin berlalu pergi ke dapur untuk mengambil sedikit minuman dingin bagi menghilangkan perasaan aneh itu.

✘✘✘✘✘

Hae Ji menutup pintu peti ais setelah dia selesai mengambil minuman dingin. Dia terkejut apabila tiba-tiba ada satu figura yang sedang berdiri betul-betul di sebelahnya.

"Jimin!" jerit Hae Ji perlahan sambil mengurut perlahan dadanya bagi menghilangkan rasa terkejut. Dia terus menuju ke kabinet dapur untuk mengambil gelas kaca. Dia berlalu ke tempat duduk pada meja dapur itu lalu menuang minuman dingin yang diambilnya sebentar tadi.

"Awak buat apa dekat sini? Tak tidur lagi?" tanya Hae Ji tanpa memandang ke arah Jimin yang sedang mengambil tempat duduk berhadapan dengannya. Mata gadis itu hanya tertumpu pada minuman yang sedang dituangnya ke dalam gelas.

"Nak sikit?" soal gadis itu apabila pertanyaan pertamanya tidak terjawab. Jimin hanya menggeleng kepala. Hae Ji hanya mengiyakan sahaja lalu minuman di dalam gelasnya di teguk rakus.

Jimin memandang leher putih Hae Ji ketika gadis itu sedang meneguk minuman. Pandangan Jimin dilarikan sebentar ke tepi apabila Hae Ji sudah menghabiskan minumannya. Apabila dia memandang semula ke hadapan, gadis itu sedang memandangnya. Dia tahu Hae Ji sedang menunggu jawapan dari pertanyaan yang ditujukan kepadanya tadi.

"Saya tak boleh tidur. Saya baru nak naik atas tadi tapi saya ternampak awak dekat dapur jadi saya pergi jenguk sekejap." balas Jimin sekian lamanya. Gadis itu hanya mengangguk perlahan.

"Saya naik atas dulu." kata Hae Ji. Dia bangun lalu meletakkan gelas yang dipakainya tadi di sinki sebelum dia berlalu pergi. Jimin hanya memandang pemergian Hae Ji dengan ekor matanya sahaja.

Dia mengeluh kecil apabila dia masih teringat perbualannya bersama Ji Kyung pada siang tadi.

"Saya minta maaf Hae Ji sebab tak boleh jujur perkara yang benar dengan awak." bisik hati Jimin.

..........

"betul hyung yang rogol dia? " soal Jimin ingin kepastian. Melihat abangnya hanya menggeleng kepala, membuatkan dirinya semakin kusut

"Hyung tak pernah sentuh dia kecuali dekat bibir dia. Tak pernah sekali pun" kata Ji Kyung perlahan

..........

Bersambung


Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now