"Ji— jimin bila awak ada dekat sini? macam ma— " dia terdiam seketika lalu memandang Jimin dan pada masa yang sama Jimin juga sedang memandangnya.
"So— sorry Jimin. Sa— saya tak ta— tahu apa— "
Tanpa sedar Jimin lantas mengucup lembut bibir Hae Ji. Terbuntang mata gadis itu sambil dia cuba meronta untuk dilepaskan.
Jimin melepaskan ciuman itu lalu dia memandang wajah pucat gadis di hadapannya yang masih menutup rapat matanya.
"Buka mata awak" pinta Jimin lalu memegang kedua belah pipi gadis itu. Dengan perlahan Hae Ji membuka matanya lalu memandang mata Jimin yang sedang merenungnya.
"Kalau awak ada masalah please jumpa saya. Saya akan ada dengan awak selalu. Saya akan bantu awak. Saya tak suka tengok keadaan awak macam ni." kata Jimin separuh merayu.
Dia memandang ke dalam anak mata gadis itu. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk lalu menundukkan kepalanya.
Jimin mengangkat dagu Hae Ji supaya dia dapat melihat lagi muka cantik gadis itu. Lantas dia mengucup bibir gadis itu buat kali kedua. Kali ini Hae Ji tidak menolak ciuman itu malah dia membalas ciuman itu.
Tangannya meramas tshirt yang dipakai oleh Jimin manakala Jimin memaut pinggang kecil gadis itu supaya gadis itu makin dekat dengannya dan memperdalamkan lagi ciumannya.
Satu perasaan yang aneh mula muncul dalam diri Hae Ji. Dia sendiri keliru dengan perasaannya pada waktu itu. Tetapi dia suka apabila Jimin memperlakukan hal sedemikian terhadapnya.
Mungkin perasaan itu mula muncul buat sekian lamanya dia menghilang.
✘✘✘✘✘
Selesai sahaja makan malam, Hae Ji membuat keputusan untuk mengambil angin malam di halaman rumahnya sendiri. Pada malam itu anginnya berasa amat nyaman untuk dinikmati.
Hae Ji mendongakkan kepalanya untuk melihat taburan bintang yang ada di langit malam dan tidak lupa juga ada bulan yang menyinari suasana malam itu.
Sudah sekian lama dia tidak menikmati pemandangan yang indah pada waktu malam sebegitu. Perasaan yang menghantuinya selama dua tahun ini tiba-tiba lenyap dengan sekelip mata sahaja apabila Jimin dengan beraninya mengucup bibirnya.
Perlahan-lahan dia menyentuh bibirnya dan satu senyuman terukir di bibir gebunya apabila teringat kembali disaat manis mereka berciuman.
Satu deheman mengejutkan lamunan gadis itu lantas dia menoleh ke belakang untuk melihat tuan punya badan tersebut.
Jimin melangkah perlahan menuju ke arah Hae Ji lalu dia melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan dengan tempat duduk Hae Ji.
"Tak tidur lagi? " tanya lelaki bertubuh sasa itu. Hae Ji hanya menggeleng kepala sambil matanya masih tertancap pada bintang-bintang yang sedang berkelipan di langit malam itu.
"Cantik pula malam ni dengan ada bintang dekat langit tapi mungkin lebih cantik orang yang tengok bintang tu sekarang." kata Jimin lalu matanya memandang muka gadis itu dari jarak sisi.
Hae Ji terus menoleh ke arah Jimin apabila mendengar bait-bait kata yang diungkap oleh Jimin sebentar tadi. Satu senyuman terukir di bibirnya sambil memandang muka lelaki di sebelahnya itu. Mereka berdua kembali melihat langit malam yang terbentang luas.
"Jimin." panggil Hae Ji lalu ditoleh kembali melihat sisi muka lelaki itu. Jimin hanya mengiyakan sambil dia menikmati pemandangan malam itu.
"Thanks sebab hilangkan ketakutan yang menyelubungi dalam diri saya selama dua tahun ni and thanks sebab awak dah kembalikan kehidupan saya macam sedia kala." ungkap Hae Ji dengan lemah lembut lalu menghadiahkan satu senyuman kepada Jimin apabila lelaki itu menoleh untuk melihat dirinya.
"Saya nak awak mulakan hidup baru. Saya tak nak awak fikir masa silam awak kalau boleh awak lupakan terus masa silam awak tu. Masa silam hanya akan membuatkan diri awak jadi lemah kalau awak fikirkan tentang tu. Sekarang awak just fikir masa depan awak. Fikir apa yang awak nak buat lepas ni. Apa perkara yang boleh buat awak gembira" terang Jimin dengan panjang lebar. Kini gilirannya pula menghadiahkan satu senyuman pada gadis itu.
"Saya nak awak yang mewarnai hidup saya selepas ni. Saya nak awak bantu saya untuk buat hari saya gembira selepas ni" ungkap Hae Ji sambil memandang tepat ke dalam anak mata Jimin. Lelaki itu hanya mengangguk.
"Boleh. Saya akan sentiasa buat awak gembira and selalu ada bila awak perlukan." kata Jimin dengan gembira.
Gembira hati gadis itu apabila mendengar kata Jimin itu. Selepas ini dia akan mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan indah berbanding sebelum ini.
"Thanks." ungkap Hae Ji sekali lagi. Jimin hanya mengangguk lalu kembali memandang langit.
Bersambung
•
•
•
•
•Thank you kepada yg vote and comment tu. I love u gais 💕💋
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...